Friday 30 March 2012

Adakah cukup persediaan??

Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah syukur pada Allah yang banyak memberi ni'mat seharian pada kita. Selawat dan salam pada nabi junjungan Nabi Muhammad saw serta para sahabat2 baginda.
Tanpa sedar lagi 3 bulan lagi masa berbaki di USIM sekiranya aku lepas requirement dan exam pro yg akhir. Moga2 dipermudahkan semuanya. Seringkali orang akan bertanya lepas ni nak posting kat mana? dh nak kahwin k? nak smbung study k lepas grad ni? dan bermacam-macam lagi persoalan yg timbul..kadangkala soalan2 sebegitu yg membuatkan aku termenung jauh. Bukan apa, aku terasa diri ni banyak kekurangan dan belum bersedia untuk menempuh semua tu. Ditambah lagi dengan ujian dan dugaan yg banyak yg hampir mmbuatkan ak putus asa dan malas nak berfikir tentang masa depan tidak kira dr segi kerjaya, kahwin dan sebagainya.  
Aku sering berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam hidup dan dapat memberi manfaat pada org lebih2 lagi pada Islam agar ak dpt menanam benih di akhirat kelak.. Moga2 hasrat ku tercapai. Kadang2 terfikir lepas habis grad dental ni..rase macam nak amik course agama pulak coz aku merasakan sesuatu yang amat lain bila menghadiri majlis ilmu agama. Benarlah firman Allah di dalam Al-Quran dan hadith yang menyebut bila mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)





Alhamdulillah aku dikurniakan dengan orang disekelilingku dengan hati yang baik2 dan bila melihat muka mereka akan timbul rasa insaf dalam diri. Setiap malam sebelum tidur aku akan menerima message2 tazkirah/nasihat dari rakan2ku serta cikgu2 ku dulu. Aku kagum dengan mereka kerana mereka konsisten dengan amal mereka dan kata2 mereka kerana mereka berkata ap yg mereka lakukan. Sebab itulah penting sahabat yang baik dan sentiasa dekat dengan Allah akan memberi tempias pada kita untuk kita mencontohi mereka. Moga2 aku juga dapat menjadi seperti mereka.ameen.

Jom sama2 kita mendekatkan diri kita pada Allah dan menghitung dosa dan amal yang kita lakukan seharian. Waktu yang terbaik adalah sepertiga malam kerana Allah mendengar rintihan hambaNya dan bangga akan hambaNya yang bangun semata-mata utk Tuhan Yang Menciptakannya.

Wallahua'lam.
Maaf atas salah silap atas diri yg lemah ini.

No comments:

Post a Comment