Monday 9 April 2012

Jadilah doktor yg mukhlis..

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wbt,
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda serta para tabi' dan tabi'in..Moga kita semua dlm lindungan Allah dan bersama-sama dgn org beriman.
Sekarang aku dalam posting oral and maxillofacial surgery (pembedahan muka dan mulut) di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.
Hari pertama di HUSM sgt mengujakan kerana doktor2 yg mengambil master dan staf2 di hospital tersebut sangat peramah dan baik belaka. Salah seorang doktor pakar Maxillofacial di sini sangat baik dan ikhlas dlm menerima kami sbg student yg serba lemah. Dia mengingatkan kami sebelum berjumpa patient mestilah introduce diri kpd patient, dan sebelum memeriksa patient tersebut, jaga hati patient dgn menanyakan soalan2 tentang diri mrk cth asal mrk, pekerjaan mrk dan lain-lain lagi supaya mrk merasakan doktor tersebut mengambil berat tentang diri mereka.


Janganlah memilih 'bulu' atau status patient, pesan doktor tersebut 'treat patient equally' coz sambung doktor tersebut kebanyakan doktor di hospital mereka memilih 'bulu' atau status patient. Kalau tahu patient tersebut orang kenamaan ataupun government servant barulah kalut2 memberi layanan yg baik. Hakikatnya, kerja sebagai doktor memerlukan keikhlasan utk memberi layanan yg sama pada semua orang.
Pesan doktor tu lagi, bila sudah membina rapport yg baik terhadap patient barulah kerja kita menjadi mudah kerana patient selesa dgn kita. Selepas memeriksa patient tersebut, pastikan kita memberi tahu balik result pemeriksaan kita terhadap mrk atau kondisi mrk ketika itu. Kebanyakan doktor selepas memeriksa patient tidak memberitahu keadaan patient. Mrk menganggap patient tidak berhak tahu atau lebih teruk lagi mengganggap patient tidak tahu term2 medical. Nauzubillah. Jangan jadikan patient sbg 'kambing hitam' kerana mereka juga ada hati dan perasaan. 


Selain itu, doktor mempunyai medan dakwah yang sangat luas. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk berada di medan dakwah ini. Selain merawat, doktor juga boleh memberi motivasi kepada patient. Aku ingat kata2 doktor pakar tersebut atas seorang patient yg agak kronik, katanya, mungkin Allah tidak bagi ujian seteruk itu pada kita kerana takut kita tidak mampu menempuhnya tapi Allah pilih dia untuk menerima ujian tersebut kerana Allah tahu dia boleh lalui ujian tersebut. Subhanallah kata-kata itu membuatkan aku terfikir sejenak bahawa begitu daifnya diri ini kerana diberi kenikmatan tapi leka dan tidak menggunakan nimat tersebut dgn sebaik mungkin.



Firman Allah:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
                                                                                                   (Ar-Rahman, ayat13)


Tugas doktor juga kena sentiasa mengingatkan tugas hamba kepada Rabbnya iaitu solat lima waktu. Alhamdulillah di HUSM ada menyediakan sudut ruangan wuduk utk pesakit2 yg susah utk berwuduk serta carta2 alir utk memudahkan pesakit merujuk bagaimana utk menunaikan solat ketika sakit. Tidak kurang juga disediakan juga Al-Quran dan yasin utk memudahkan pesakit membaca Al-Quran. Alhamdulillah.




Mari sama2 kita ikhlaskan niat kita dan membuat semua perkara kebaikan kerana Allah. Walaupun manusia tidak menilai pekerjaan kita tapi Allah akan menilai pekerjaan kita di akhirat kelak.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment