Sunday 19 February 2012

Menyingkap Rahsia Surah Al-Fatihah (Siri 2)..

KONSEP KEEMPAT: KONSEP PEMILIKAN DAN KONSEP PEMBALASAN


Pada asasnya, pemilik  berhak melakukan apa sahaja atas peminjam. Dalam konteks Allah adalah Pemilik Segalanya, hanyalah Allah sahaja berkuasa atas Hari Pembalasan kelak. Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hambanya sama ada memasukkan hambanya ke dlm syurga ataupun  neraka walaupun di akhirat kelak terdapat pertikaian antara manusia tetapi manusia tidak boleh mempertikai keadilan Allah kerana Allah Maha Adil atas segala-galanya.
Konsep pembalasan pula memerlukan  sesuatu untuk membalas. Dan yang paling penting ia memerlukan keadilan. Kerana Allah membalas atas segala perbuatan hambanya secara adil di akhirat kelak. Selain itu, untuk menggapai keadilan, ia memerlukan kepada penyaksian dan pengakuan yang hakiki. Oleh sebab itu, mulut kita dikunci dan anggota lain yang akan menjadi saksi dan pengakuan ke atas kita berdasarkan apa yang kita lakukan di dunia yang fana ini. Sungguh Maha Adil Allah membalas perbuatan hambanya dengan menggunakan saksi dan pengakuan hambanya kerana tika itu, mulut tidak dapat menipu di depan Allah kerana anggota lain seperti tangan dan kaki akan menjawab di hadapan Allah kelak dan kita tidak boleh bersembunyi lagi atas apa yang kita lakukan seperti di dunia ini. Subhanallah sungguh malunya kita di depan Allah kelak tika Allah menunjukkan segala perbuatan kita di khalayak ramai di dunia ini. Mari sama-sama kita muhasabah diri atas segala perbuatan yang kita telah lakukan di dunia ini. Allah Taala telah berfirman di dalam Surah Yasin, ayat 65:
Firman Allah:
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan  (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(36:65) 


KONSEP KELIMA: KONSEP KEHAMBAAN, PERMOHONAN DAN PENYEMBAHAN


Ia adalah konsep yg paling penting dan adakah kita betul-betul mempraktiskan konsep perhambaan di dalam kehidupan seharian kita selain daripada di dalam solat? Kita ambil contoh yang paling mudah difahami, apabila kita bangun dari tidur, adakah semasa kita bangun, kita mengingat Allah? Atau kita mengingat kerja kita yang tertangguh ataupun kita teringat akan pangkat kita atau kita mengingat hal-hal keduniaan yang lain? Ayuh, mulai saat ini kita tukar paradigma kita dari saat kita bangun dari tidur lagi dengan mengingati Allah kerana takut-takut kita menjadi hamba kepada dunia bukan pada Allah.Nauzubillah. Caranya dengan mengucap syukur pada Allah kerana memberi ni’mat hidup di dunia ini lagi.  
Allah  mendidik kita apabila kita hendak memohon segala jua permintaan  hendaklah kita memohon pada Allah swt. Janganlah kita memohon selain Allah kerana itu adalah perbuatan syirik dan dilaknat oleh Allah SWT. Di dalam konsep penyembahan pada Allah, kita hendaklah melakukan persembahan yang terbaik di depan Allah. Khusyuk adalah kuncinya dan cara untuk khusyuk kita perlu praktis dan mempunyai ilmu dgn mendalaminya dgn org2 yg alim dalam bidang agama spt alim ulama’.

KONSEP KEENAM: KONSEP HIDAYAH DAN KONSEP JALAN YANG LURUS



 Konsep hidayah ini boleh diumpamakan apabila kita hendak pergi ke sesuatu tempat, kita akan mengikut peta dan apabila tersesat kita akan bertanya pada orang. Dan terpulang pada kita sama ada untuk mengikut atau tidak petunjuk tersebut yang diberikan oleh orang itu. Samalah dgn konsep hidayah, Allah banyak memberi hidayah pd hambanya tetapi terpulanglah sama ada kita hendak mengikut ataupun tidak, sama ada mahu mengikut jalan yang lurus atau sebaliknya. Oleh itu, kita hendaklah berusaha ke arah jalan yang lurus dengan berdoa dan melakukan perkara yang disukai oleh Allah. Kita hendaklah selalu berdoa agar diberi jalan petunjuk yang lurus sepanjang kehidupan kita agar di penghujung kehidupan kita tidak tersasar dari jalan Rabbi.


KONSEP KETUJUH: HAKIKAT KEDEGILAN& KEJAHILAN SERTA KONSEP PASANGAN


Orang yg berada dalam ni’mat kemanisan iman, walaupun org melihat dia di dalam  kesusahan tetapi di dalam lubuk hatinya berasa tenang dan indah kerana dirinya dekat dengan Tuhan Pencipta yakni Allah swt.

Dan kita hendaklah memohon berlindung dari orang-orang yg degil iaitu  Yahudi dan Nasrani (Kristian). Siapakah  Yahudi? Mereka itulah sudah tahu kebenaran yang Nabi ajari mereka tetapi mereka degil dan tetap melakukan kebatilan. Janganlah menjadi degil seperti Yahudi, sudah tahu kebenaran tetapi tetap melakukan maksiat dan kebatilan terhadap Allah.Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan sifat degil Yahudi.
Dan siapa pula Kristian? Mereka inilah melakukan pengibadahan tanpa ilmu yang benar dan mereka ini tidak dibekalkan ilmu yang hakiki, sebaliknya mereka adalah jahil. Jangan juga masukkan diri kita terhadap kejahilan seperti Kristian. Sebab itulah di dalam Surah Al-Fatihah ini kita berdoa agar dijauhkan dua sifat yang keji ini.
Apa pula dimaksudkan dengan konsep pasangan?
Konsep pasangan:
1. Pasangan secara permintaan- Meminta pada Allah agar dikurniakan jalan yg lurus dan minta jauh     dari jln yg sesat.
2. Pasangan secara perhambaan-Minta pada Allah versus Minta selain  daripada  Allah
3.Pasangan org2 beriman versus org2 yg kufur.
 4. Khauf dan ar-Raja’ (Takut dan pengharapan) 


Ada sebuah hadith yg menyebut Surah Al-Fatihah adalah interaksi antara hamba dan Allah swt.
Abu Hurayrah was asked, “[When] we stand behind the Imam” He said, “Read it to yourself, for I heard the Messenger of Allah say,
« قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: قَسَمْتُ الصّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ: [الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ]، قَالَ اللهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ: [الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ]، قَالَ اللهُ: أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِي، فَإذَا قَالَ: [مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ]، قَالَ اللهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ: [إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]، قَالَ: هذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ: [اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ]، قَالَ اللهُ: هذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ» (Allah, the Exalted, said, `I have divided the prayer (Al-Fatihah) into two halves between Myself and My servant, and My servant shall have what he asks for.’ If he says, [الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ] (All praise and thanks be to Allah, the Lord of existence.) Allah says, `My servant has praised Me.’ When the servant says, [الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ] (The Most Gracious, the Most Merciful.) Allah says, `My servant has glorified Me.’ When he says, [مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ] (The Owner of the Day of Recompense.) Allah says, `My servant has glorified Me,’ or `My servant has related all matters to Me.’ When he says, [إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ] (You (alone) we worship, and You (alone) we ask for help.) Allah says, `This is between Me and My servant, and My servant shall acquire what he sought.’ When he says, [اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ] (Guide us to the straight path. The way of those on whom You have granted Your grace, not (the way) of those who earned Your anger, nor of those who went astray), Allah says, `This is for My servant, and My servant shall acquire what he asked for.’).” These are the words of An-Nasa’i, while both Muslim and An-Nasa’i collected the following wording, “A half of it is for Me and a half for My servant, and My servant shall acquire what he asked for.
Akhir kalam...
Ingatlah saudaraku, Apabila terasa selesa, surah ini akan menyebabkan kita berasa sgt bersyukur pada Allah. Tetapi apabila kita menjadi jauh drp Allah, surah ini sebagai penghubung hamba kpd Allah.
Ingatlah saudaraku, Apabila kita dizalimi surah ini akan mengingatkan kita semua apa yg mereka  lakukan ke atas kita kelak  akan dibalas oleh Allah kelak.
Dan Allah sangat bangga apabila hambaNya memujiNya.
Wallahua'lam.Mohon maaf salah silap dari hamba yg dhaif. Harap berguna untuk kita reflek diri kita yang penuh dgn dosa dan maksiat terhadap Allah sebelum nyawa kita ditarik olehNya. Moga2 kita tergolong dalam orang2 beriman. ameen Ya Rabb..

Monday 13 February 2012

Menyingkap Rahsia Surah Al-Fatihah (Siri 1)..

Alhamdulillah atas ni’mat dan rahmat Allah swt. Syukur Alhamdulillah sudah selesai exam semester 9. Moga-moga kami semua lulus dalam exam ni. Amen. Tinggal satu sem sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian pergigian ni dan harap2nya kami semua dapat grad pada waktunya iaitu bulan 8 ni insyaAllah. Doakan kami semua berjaya melepasi sem ni dan sem depan. Moga2 Allah permudahkan segala urusan hamba-hambaNya.
Kali ini nak berkongsi sikit hasil perkongsian usrah atau ‘study circle’ yg dikendalikan oleh E-Usrah. Pada malam tersebut hampir seratus orang yang online usrah bersama-sama dari seluruh pelusuk dunia. Yang paling menarik pada malam tu, Naqib usrah diimport dari Madinah (beliau berada di Madinah ketika usrah berjalan). Beliau adalah Ustaz Abdul Aziz Abbas dan beliau merupakan mahasiswa Universiti Madinah.
 Tajuk usrah kali ini adalah Rahsia Surah Al-Fatihah. Walaupun tajuk usrah tentang Surah Al-Fatihah tapi hampir 2 jam kami ber’online’ untukl mengetahui Rahsia Surah Al-Fatihah. Banyak ilmu yang kami semua peroleh dari ustaz.
Pertama, tentang kelebihan Surah Al-Fatihah:
KELEBIHAN & KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH 
أهمية سورة الفاتحة وفضائله ))

#
Tidak sah solat tanpa membacanya لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب ))
#
Surah yang paling agung dalam al-Quran  أنها أعظم سورة ))
#
Semulia-mulia surah  أنها أفضل سورة ))
#
Padanya terdapat doa yang paling penting dalam kehidupan
 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ))
#
Sebaik-baik surah  أنها خير سورة ))
#
Memahaminya membuatkan kita senantiasa bahagia
#Menghayati membuatkan kita dekat dengan Allah
#Padanya terdapat kesembuhan (semua jenis penyakit termasuk gila)
#Sebagai pelindung diri (dari sebarang kejahatan)
#Tiada yang setanding dengannya walaupun dalam Taurat & Injil

Seringkali jika kita selidiki siri-siri solat kita, kita pasti mengabaikan penghayatan di dalam solat terutamanya surah Al-Fatihah termasuk diri ini juga. Ayuh, mari kita selidiki jenis pengabaian yang kita selalu terlepas pandang dan kita hayati kesan-kesannya.

1.       PENGABAIAN DI DALAM PEMBACAAN
Iaitu  tidak berusaha mengetahui cara bacaan yang betul, atau membacanya tanpa bertajwid atau meninggalkan salah satu dari ayat-ayatnya. Maka kesannya ialah:
- Berdosa besar (jika sengaja)
- Solatnya tidak sah dan tidak diterima oleh Allah
- Memalukan diri sendiri

2.       PENGABAIAN DALAM PEMAHAMAN
Iaitu dengan tidak berusaha mengetahui terjemahannya, atau memahami maksudnya, atau menghayati tuntutan tauhid (ketuhanan dan kehambaan) yang terdapat di dalamnya.
-          Akibatnya akan merugikan diri sendiri kerana tidak dapat khusyuk dan merasa kemanisan iman di dalam solat iaitu persembahan kita terhadap Allah Yang Maha Esa.
-          Kejahilan dan kedegilan. Dua sifat ini ada seperti di dalam perangai orang-orang Yahudi dan Kristian. Nanti akan diulas lebih lanjut lagi.
-          Sukar mencapai khusyuk di dalam solat.
-          Tidak kenal Allah
-          Tidak sedar akan hakikat kasih saying Allah
-          Hati akan menjadi keras

3.       PENGABAIAN DALAM PERLAKSANAAN
Iaitu tidak melaksanakan tuntutan tauhid (ketuhanan dan kehambaan) dalam kehidupan seharian kita.
-          Hidup menjadi porak peranda kerana hilang tujuan asal (iatitu total penghambaan pada Allah)
-          Gelisah, murung dan tiada motivasi diri
-          Hilang punca dan risau yang tidak menentu
-          Lekas baran dan mudah marah, mudah putus asa
-          Dan pelbagai kesan negative lain

Dengan menghayati jenis-jenis pengabaian dalam membaca dan menghayati Surah Al-Fatihah, kita dapat mengenal pasti di mana kita berada termasuk diri ini. Moga2 Allah memberi petunjuk pada kita semua dan pada saat ini mari kita azamkan pada diri ini tidak melakukan pangabaian2 yang dibincangkan tadi.

Terdapat beberapa konsep-konsep kehidupan di dalam surah Al-Fatihah dan dengan mengetahui konsep-konsep kehidupan di dalam surah Al-Fatihah kita akan lebih dekat dengan Allah dan kita dapat merasakan setiap kali detik masa berlalu dengan kita, kita pasti merasa Allah melihat kita dan melindungi kita. Tetapi dengan syarat mestilah yakin dan beriman pada Allah.

KONSEP PERTAMA : KONSEP PERLINDUNGAN DAN PENYERTAAN


Apakah yang dimaksudkan konsep perlindungan dan konsep penyertaan? Nabi Muhammad saw telah mengajar kita agar setiap perbuatan kita mestilah dimulakan dengan doa dan sekurang-kurangnya bismillah.  Apakah rasionalnya? Ianya agar kita sentiasa dilindungi oleh syaitan laknatullah dan setiap perbuatan ada keberkatan oleh Allah swt. Tidakkah syaitan itu adalah penipu besar? Allah Taala ada berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat 23: Mari kita hayati dialog syaitan ketika di padang mahsyar di mana syaitan sendiri telah mengaku telah menyesatkan kita dan tidak dapat menyelamatkan kita dari azab Allah.Nauzubillah.

Firman Allah:
Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu (hisab di Hari Kiamat). “ Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku (syaitan) telah menjanjikan kamu, lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu, tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah Tuhan yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim ( yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
                                                                                                                                                                             (14:22)

Oleh itu pada permulaan ayat Surah Al-Fatihah menekankan kita agar meminta perlindungan dari syaitan.  Pada konsep penyertaan pula, setiap perbuatan kita hendaklah dimulakan dengan basmalah agar setiap perbuatan kita diberkati olehNya. Teringat kata-kata ustaz yang aku menuntut aqidah dan tasawwuf darinya, katanya konsep keberkatan dan laknat Allah.
BERKAT VS LAKNAT”
Berkat= akan dekat pada Allah
Laknat= jauh dari Allah (Apabila kita sedar kita jauh pada Allah, hendaklah cepat2 kita balik pada Allah agar Allah memberkati kita sebelum pintu taubat kita ditutup)

KONSEP KEDUA : KONSEP PENDIDIKAN DAN PEMBAHAGIAN ALAM


Allah SWT yang menciptakan alam ini dan apabila kita merenung akan ciptaan Tuhan kita akan kagum dengan Penciptanya yakni Allah SWT. Ayat-ayat Al-Quran  begitu banyak menganjurkan manusia supaya merenung, berfikir dan menyelidik alam semesta ini. Bagi orang yang berfikir, orang yang bermata hati, semua penjuru ala mini akan menimbulkan kesedaran bahawa di sebalik alam nyata yang indah dan terbentang luas wujud satu kuasa Yang Maha Agung, Maha Sempurna, Dialah al-Khaliq. Apabila kesedaran ini telah bertahta di hati, perasaan diri akan lebih tertumpu ke arah  Yang Maha Agung itu sehingga timbul perasaan rindu, perasaan ingin mengenali dan mendampingiNya. Justeru itu mulailah kita mencari jalan untuk makrifatullah  dengan sebenar-benarnya. Sesudah kita mencapai makrifatullah, keimanan akan bertambah kukuh, keyakinan terhadap kebesaran dan kekuasaanNya semakin kuat dan rasa tauhid bertambah mendalam, tiada lagi ragu-ragu. InsyaAllah.

Apabila seseorang itu mencapai kerohanian yang tinggi, mengenali hakikat hidup yang sebenar, kerohanian itu tidak lagi menjadi tumpuan hidup yang utama. Nilai kebendaan dan kebesaran pangkat pula tidak lagi menjadi tumpuan dalam hidup kita dan tidak lagi menduduki tempat yang teratas dalam pandangan kita. Apabila kita sedar bahawa hidup di dunia ini ada lagi hidup yang lebih tinggi dan lebih bereerti, hidup kekal abadi, hidup di dalam rahmat Allah SWT bagi mereka yang telah menyucikan jiwa. Sebaliknya hidup di dalam kesengseraan yang amat parah bagi mereka yang hanya bergelumang dengan hal ehwal keduniaan.

 Sesudah itu, seseorang yang mengenali hak dan yang batil, dia akan beriltizam ke atas yang hak yakni berusaha untuk menyucikan jiwanya ke arah kebaikan. Kaya atau miskin, senang atau susah, mulia ataupun hina, tinggi ataupun rendah, semuanya tidak penting dalam hidupnya. Yang penting adalah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang sementara ini dalam kebenaran. Jika Allah memberi kesenangan, kemewahan dan kekayaan, dia bersyukur dan dia membelanjakan untuk jalan agama Allah. Jika sebaliknya, dia juga bersyukur dan bersabar. Dia terus berusaha dan bersabar berisitiqamah dalam keredhaan Allah walaupun terpaksa menempuh ujian dan kesusahan.

Dengan pandangan sedemikian, kita akan terus tekun untuk meningkatkan ta’abbudnya kepada Allah, menjadi abid yang warak, zuhud, bertawakkal dan redha. Inilah sikap hidup yang dipelopori baginda Rasulullah saw, dicontohi para sahabat, menjadi ikutan generasi muslim yang kemudian yakni di zaman kita sekarang yang penuh mencabar ini.

KONSEP KETIGA : KONSEP KASIH SAYANG DAN PENGULANGAN


Konsep kasih sayang Allah pada hambanya tidak dapat digambarkan secara objektif dan ia hanya dapat dirasai dengan mata hati yang ikhlas keranaNya.  Allah akan kasih pada hambanya yang meminta dan menurut perintahNya. Allah tidak jemu mendengar rintihan kita dan Allah akan suka akan hambanya yang selalu meminta. Di dalam konsep pengulangan pula, pengulangan adalah proses kekuatan, apabila kita hilang motivasi diri, kita akan menjadi kuat apabila kita mengulang banyak kali bahawa Allah pasti menolong kita dan insyaAllah kita akan menjadi kuat seolah-olah bateri yang dicas kembali. Dengan ada proses pengulangan ia adalah proses pendidikan. Apabila diulang kita akan membantu dlm proses penghafalan, penghayatan dan pengukuhan. Dan akhirnya mengukuhkan pemahaman kita dan kita yakin akan perkara tersebut.  Sebab itulah, kita selalu dianjurkan mengkhatam Al-Quran dan selalu berzikir pada Allah, kerana dengan proses pengulangan zikir pada Allah, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.

Ada 4 lagi konsep dalam surah Al-Fatihah, insyaAllah aku akan nukilkan pada siri yang kedua. Sekiranya ada salah dan silap serta kelemahan dalam entry sudi-sudikanlah diri untuk menegurku. Semua yang baik itu datang dari Rahmat Allah SWT.
Sama-sama kita hayati dan amalkan. Doa senjata bagi orang-orang mukmin.^ ^,
Di kesempatan ini, aku ingin mempromosikan e-usrah pada semua yang sayangkan agamanya dan suka akan ilmu agama Islam dalam menjadi individu muslim yang beriman dan bertaqwa pada Allah.  Sama-sama kita hulurkan sumbangan bagi melancarkan program usrah online ini. Ingatlah orang yang berjihad dengan hartanya kelak Allah akan ganjarkan syurga padanya. InsyaAllah.


Sumbangan boleh di buat dengan menulis ke email eusrahteam@gmail.com atau menghubungi Tn Syed Faizz(Founder of E-usrah) di talian 019-9432023 untuk mendapatkan butiran lanjut atau

bolehlah segera menyumbang sumbangan anda ke akaun:

Maybank Islamic 164762047148 atau CIMB 06060047940529

Penama:Syed Ahmad Faiz Syed Mahmad Hadzari (Founder of E-usrah)

ATAU menyumbang menggunakan PAY PAL ke akaun eusrahteam@gmail.com

Wang yang disumbangkan akan dimaklumkan jumlahnya kepada umum dan diserahkan kepada Bendahari E-usrah (Akauntan)

#Jika tidak mampu menyumbang banyak maka sumbangan yang sedikit turut kami terima RM1
( sumbangan lain melalui hebahkan kepada rakan lain, doa, berkongsi idea, dan pandangan)


Jom sama-sama kita menderma..",