Friday 6 July 2012

Dua jalan..


          Sejak dahulu lagi tatkala Allah menyuruh Iblis sujud pd Adam alaihissalam, Iblis ingkar atas perintah Allah dan Iblis bersumpah akan menyesatkan anak2 serta cucu cicit  Adam alaihissalam untuk memilih jalan kefasikan. Lantas Allah berfirman pada ayat 8-10 Surah As-Syams.
Firman Allah swt:
8. maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan atau kefasikan dan ketakwaannya.
9. sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya.
10. dan sungguh rugi bagi yang mengotorinya.

Secara dasarnya, manusia secara fitrahnya sukakan akan kebaikan dan sentiasa mahu ingin melakukan kebaikan, memaafkan, mengasihi, menolong antara satu sama lain dan seluruh kebaikan. Tetapi kerana sumpah Iblis,  Iblis memberi bisikan pada manusia untuk memilih jalan kefasikan. Dan Allah telah memberi 2 pilihan pada hambaNya untuk memilih jalan kefasikan atau jalan kebaikan.

Bukankah kita menyukai akan keindahan? Kita menyukai gemiricip air di sungai dan pantai dan kita juga suka akan taman-taman keindahan yang dipenuhi bunga-bunga serta pohon-pohon yang redup. Bahkan kita sanggup mencari tempat-tempat yang indah dengan sanggup menghabiskan wang untuk menikmati keindahan-keindahan tersebut. Tetapi ingatlah Allah menjanjikan syurga dengan penuh keindahan bagi orang-orang yang beruntung. Siapakah orang yg beruntung tersebut? Iaitu orang-orang yg bertaqwa. Tidakkah kita ingin kembali ke syurga tempat asal kita dahulu?

Ingatlah,  dengan sebab kita melakukan kebaikan, alangkah tenang hati ini seperti tenangnya berada di syurga. Dengan sebab kita memberi kemaafan, alangkah luasnya hati ini seperti luasnya syurga. Pernahkah kita terfikir untuk mengecapi nikmat di syurga yang berkekalan?Tidakkah rasa rindu untuk pulang ke negeri asal kita iaitu syurga? Sucikanlah hati dengan bermuhasabah menilai diri untuk menjadi ahli-ahli syurga.




Jalan yang panas dan jalan yg sejuk…
Cuba kita bayangkan adakah kita memilih jalan yang panas atau jalan yg sejuk? Tetapi betapa ramai yang memilih jalan yang panas iaitu  memilih jalan kefasikan. Itulah fatamorgana yang syaitan ciptakan.
Alangkah bodohnya kita memilih bisikan-bisikan jalan kefasikan. Ingatlah dunia hanyalah tempat persinggahan manakala tempat yang kekal abadi adalah negeri akhirat. Alangkah beruntungnya orang-orang yang ikhlas melakukan perintah Allah dan mengetahui tujuan hidupnya. Misinya adalah satu untuk kembali pada negeri asalnya dengan rahmat Ilahi.

Peperangan dalam jiwa kita belum usai. Sehinggakan tatkala Rasulullah sollallahualaihiwassalam pulang dari peperangan Badar, lalu sahabat2 baginda gembira atas kejayaan mereka. Lalu Baginda mengingatkan para sahabat bahawa peperangan Badar adalah kecil sahaja. Lantas para sahabat bertanya kepada Baginda, apakah peperangan yg terbesar? Lalu jawab Baginda: Peperangan yang besar adalah peperangan melawan hawa nafsu. Masa berlalu dengan pantas, masih ada masa kita untuk kembali pada jalan kebaikan.InsyaAllah.
Nukilan dari hati.
Wallahua’lam.