Thursday 1 December 2011

Iktibar dari i-huffaz kali ke-2 USIM..

Assalamualaikum warahmatullah wbt,
Moga kita semua di bawah lindunganNya dan sama2 kita doakan agar diri kita istiqamah dengan amal kebaikan sehingga kita menemui ajal kita.


Alhamdulillah syukur pada Allah swt yg memberi peluang padaku untuk memasuki peringkat akhir bagi ujian hafazan utk insentif I-Huffaz anjuran FPQS baru-baru ni..sungguh tak sangka lepas saringan awal ujian hafazan ni.
Banyak benda yang aku peroleh pengalaman-pengalaman baru dalam ujian hafazan kerana inilah pertama kali aku menyertai ujian hafazan. Aku memasuki kategori Juzu' 30 walaupun juzu' ini kita selalu baca dan hafaz tetapi bila hafaz di depan hakim, barulah aku mengetahui kesilapan-kesilapan dlm bacaan terutama tajwid dan fashohah ayat. 


Pada soalan pertama aku disuruh untuk membaca surah An-Naziat, setelah usai membaca, para hakim menegurku kerana membaca telalu laju. Pada soalan ke-2 pula, aku cuba memperlahankan bacaan tetapi aku ditegur tajwid bacaan yg salah. Setelah itu, alhamdulillah surah ke 3 tiada teguran lagi dari pihak hakim. 


Barulah aku tahu dimana kesilapan dlm bacaan yg selama ini aku tidak perasan tentang kesalahan tersebut. Terpilih atau tidak semuanya tawakkal pada Allah coz matlamat aku memasuki ujian ini adalah untuk cuba mengingat kembali juzu 30 yg aku hafaz selama ni n mencari pengalaman baru.


Selepas itu, kategori ke-2(15 juzu) dan ke-3(30 juzu) diteruskan. Yang paling tersentuh hati tatkala ada seorang sahabatku, Najmi yg masuk kategori 30 juzu, bila menghafaz didepan juri, tiba-tiba suaranya bertukar menjadi sayu dan sedih, suaranya tersekat-sekat menahan sebak tatkala membacakan ayat suci Quran tersebut. Aku terus membuka surah yg sedang dibacakan oleh sahabatku ini. Aku ingat lagi surah yg dibaca oleh Najmi didepan hakim adalah awal surah Al-Ankabut:


Firman Allah :


1. Aliff Lam Mim
2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?
3. Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yg benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta.
4. Ataukah orang2 yg mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari (azab) Kami? Sangatlah buruk apa yg mereka tetapkan itu!
5. Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yg dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
6. Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihad itu untuk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.


Ayat inilah menyebabkan sahabatku ini terketar-ketar menghafaz di depan hakim sambil berlinangan air mata. Subhanallah dlm hatiku berkata banyak kesilapan yg aku lakukan dalam hidup ini, kadang2 kita terlupa kematian itu pasti datang tatkala terlalu memikirkan hal2 keduniaan. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku dan Engkau istiqamah hamba Mu ini dengan perkara kebaikan sehinggalah saat kematiaanku.


Sungguh mulia org yg menghafaz Quran dan menghayati setiap ayat yg dihafaz seperti sahabatku ini. 


Setelah usai semua peserta menghafaz kira2 selepas waktu asar, hakim hafazan kebangsaan tampil memberikan ulasan. Aku tertarik dengan kata-kata beliau, satu hari beliau pergi menziarahi negara Myanmar yg dimana kurang penduduk Islam dan kurangnya pendidikan Islam di negara mereka, tetapi ada sebuah keluarga di ceruk pedalaman mempunyai hampir keseluruhan anak mereka hafiz/hafizah. Subhanallah. 


Nasihat beliau lagi, jika dah hafaz surah2 di dalam quran, maka ulanglah ketika mana berjalan pergi ke kuliah atau waktu2 leisure. Kata beliau, " Kalau pusing satu kawasan USIM ni, boleh hafaz satu juzu'."Aku cuba mempraktikkan kata2 beliau cuba menggunakan masa kosong dengan mengulang hafazan, ternyata dengan membaca Al-Quran hati kita akan menjadi tenang.


Wallahua'lam. Mohon maaf atas salah dan silap.



No comments:

Post a Comment