Monday 5 September 2011

Azam Baru selepas Ramadhan, dan permulaan untuk Tahun Akhir sbg seorang dental student..

                        Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang 


Assalamualaikum warahmatullah wbt,


Salam eidul fitri kepada seluruh saudara mara, rakan taulan dan seluruh umat muslimin dan muslimat..moga2 kita semua kembali kepada alam fitrah yang selalu diucapkan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu, MINAL 'AIDEEN WAL FAIEZIN yang bermaksud orang yang kembali kepada fitrah dan yg berjaya meletakkan diri mereka dlm keadaan fitrah yg suci. Moga2 kita semua tergolong dalam kumpulan ini, AIDEEN WAL FAIEZIN..insyaAllah.ameen.


Azam Baru...


Setiap orang pasti ada azam baru masing-masing untuk memperbaharui hidup mereka kepada yang lebih baik. Walaupun azam yang lepas ada yang tidak tertunai tapi ingatlah kita hanya merancang dan Allah Menentukan segalanya. Hanya semangat, doa dan tawakkal yang menjadi pendorong kita untuk menunaikan azam kita. Tujuanku untuk menulis entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk azam baruku tetapi sebagai peringatan pada diriku untuk aku sematkan dalam lubuk hati ini supaya aku dapat istiqamah dan menunaikan azam baruku.insyaAllah. Mohon Doa kalian semua agar diberi kekuatan dan istiqamah dalam amal kebaikan.


Hadith from Prophet Muhammad PBUH :
The Doa that will be answered most quickly is the doa of one in private for another who is not present.
                                                                                                                               (HR Tirmidhi)


Baru-baru ini aku telah menelaah sebuah buku yang aku rasakan ia banyak memberi semangat dan motivasi. Bukunya bertajuk 'Berteduhlah di Taman Hati', tulisan Dr Aidh Al-Qarni. Tengok sahaja muka depan nya dengan gambar pohonan yang meneduhkan di bawah awan yang biru dan  menenangkan hati bila menatapnya membuatkan aku untuk menyelak buku tersebut. Aku tertarik dengan kata2 ulama ini pada mukaddimah buku. 






"Penghormatan kepada para pemilik semangat tinggi. Mereka bahagian suci dari manusia. Mereka kelompok mulia dan terhormat. Ruh mereka terbang ke sudut-sudut yang tinggi. Mereka ada dalam tangga-tangga abadi. Barangsiapa yang ingin ketinggian, semua yang memberatkan akan menjadi ringan. Nas-nas wahyu menyerumu. Bersegeralah jangan abai. Bersegeralah jangan berdiam. Umayyah bin Khalaf, ketika ia duduk bersama orang yang tidak berangkat berjihad, ia tahu dirinya merugi. Saat Bilal bin Rabah mendengarkan "Hayya alal falaah", mari capai kemenangan, ia pun segera bangkit dan menjadi tokoh pengukir kemenangan. Dan penulis mengumpamakan banyak lagi sahabat2 Rasulullah saw hatta Rasulullah saw sendiri dalam mengukir kemenangan.
Penulis menyambung...
Wahai yang terbelenggu oleh nyanyian, keluarlah dari mimpi2. Bersihkanlah debu kekotoran dari tubuhmu. Tinggalkanlah yang menghalangimu. Semua yang menempuh perjalanan akan sampai pada tujuan. Apakah engkau lupa terhadap ayat2 Allah? Mengapakah engkau tunda solatmu? Apakah engkau bunag usiamu dengan kesia-siaan? Lalu engkau ingin masuk syurga?
Demi Allah, semut yang kenyang mendapatkan makanan setelah serius mencari makanan. Singa akan berjuang keras, jatuh bangun untuk menerkam mangsanya. Burung-burung membangun sendiri tempat tinggalnya. Engkau mempunyai kesempatan, Rasulullah saw bersabda, "Peliharalah apa yang berguna bagimu". Itu kerana yang bermanfaat itu akan meninggikanmu. "Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah."
Pemilik semangat akan berlumba mendahului orang lain, mencapai ketinggian." Wassabiquuna saabiquun, ulaikal muqarrabun." Dan orang-orang yang lebih dahulu, merekalah orang-orang yang dekat dengan Allah.


Moga2 dengan kata semangat ini dapat menyedarkan kita daripada kesenangan dunia..insyaAllah.


Apa azam baruku sempena permulaanku melangkah ke Tahun Akhir Pergigian yang penuh cabaran dan dugaan?


Pertama-tamanya ahlan wasahlan untuk rakan-rakanku sekuliah ke Tahun Akhir. Sama2 kita titipkan doa supaya segala urusan dan pembelajaran kita dipermudahkan oleh Allah swt.ameen.




Memang dalam hatiku ini penuh dengan debaran dan kegelisahan untuk melangkah masuk tahun akhir ini memandangkan banyak requirement tidak dipenuhi. Tetapi aku berazam untuk tidak putus asa dan mudah down lagi2 di saat2 perasaan malas muncul dalam diriku dan dugaan yang menimpa tanpa diduga. Lebih-lebih lagi baru-baru ini nama2 partner clinic masing2 telah dikeluarkan. Alhamdulillah aku dapat partner clinic baru yg sporting dan  memang baik denganku, Hadid dan seorang lagi Nisreen.  Lepas beberapa hari senarai nama dikeluarkan, rakanku Hadid terus mengajak aku berbincang tentang schedule clinic. Moga2 aku  dapat bekerja dengan partner clinic baruku dengan kerjasama yg kuat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. InsyaAllah.


Terima kasih tidak dilupakan kepada partner clinic lama, Sabrina yang banyak memberi support dan membantuku dalam menguruskan patient2ku. 


Aku berharap juga pada tahun akhir ini dapat menggarap sebanyak mana pengetahuan daripada lecturer2 dan rakan2 untuk menjadi bekalanku semasa menjadi First Year Dental Officer atau dikenali sebagai FYDO. Dan aku juga berharap dapat menelaah buku2 yang dijadikan 'pameran' di rumahku lebih-lebih lagi Buku2 Dental Subject yang menimbun2 di rumahku.


Kalau ikutkan memang banyak list azamku tahun baru ini. Cuma ini sahaja yang aku sempat untuk kongsikan sebagai pembakar semangat dalam diriku.


Pengakhiran studiku di Akademi Pengajian Islam, UM sebagai seorang pelajar Sijil Pengajian Usuluddin (PJJ)..


Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberi kesempatan pada diriku lebih setahun  untuk menelaah Pengajian Usuluddin ini. Memang difikirkan agak berat bagiku untuk menguruskan masa antara studi di USIM dan di UM. Tetapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada diriku untuk menghabiskan modul pengajian ini. Kira-kira lagi 2 minggu kelas terakhir iaitu subjek Falsafah Islam sebelum aku menduduki exam final.


Banyak ilmu yang aku peroleh dalam mengikuti pengajian ini. Suasananya yang berlainan iaitu mereka aktif dalam setiap kuliah yang diberi oleh lecturer2 jemputan.  Mereka sering bertanyakan soalan2 pada lecturer mengajar sejak dari awal kelas hinggalah di akhir kelas. Kupasan2 menarik oleh lecturer2 membuatkan aku tertarik dan berasa beruntung dapat menelaah ilmu agama dengan mereka.


Pada saat aku mengambil bidang usuluddin ini, aku sering tertanya-tanya apakah usuluddin itu sebenarnya dan skop pengajiannya. Setelah setahun belajar tentangnya barulah aku mengetahui bahawa Usuluddin ini adalah ilmu berkaitan dengan Akidah, Ihsan dalam erti kata lain Tasawwuf, Tafsir Al-Quran, Ulum Hadith, Falsafah dan Pemikiran Islam, Perbandingan Agama dan Sirah Rasulullah saw. Sebenarnya ada banyak lagi yg dikupas dalam pengajian ini tetapi pokok pangkalnya aku dapat simpulkan dengan mempelajari ilmu usuluddin, kita akan lebih mengenal Allah, Pencipta kita dan mengenal diri kita. 


 Yang paling bererti pada diriku apabila mempelajari ilmu tasawwuf, ia banyak memberi kesedaran padaku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil. Banyak amalan yang diajarkan kepadaku semasa kelas tasawwuf ini antaranya zikir Lailahaillallah sebanyak 100 ribu kali (insyaAllah nescaya dijauhkan dari api neraka), istighfar sebanyak 70x setiap hari dan membaca Basmalah sebanyak 21x sebelum tidur (InsyaAllah tidak diganggu oleh syaitan, musibah dan lain2 lagi). Selain itu amalan solat sunat rawatib subuh dengan membaca surah An-Nasyr pd rakaat pertama dan surah Al-Fiil pada rakaat kedua ( InsyaAllah kita akan dikurniakan kesihatan fizikal dan mental). 


Antara kata-kata lecturerku yang aku tak dapat lupakan, 'Zikir ini seperti madu, hanya orang yang merasai madu tersebut dapat mengetahui manisnya madu tersebut'.
    
Aku berasa tenang setiap kali menghadiri kelas2 pengajian di UM ini dan seperti dicas bateri untuk menaikkan kembali semangat untuk beribadah pada Allah swt. Moga Allah permudahkan exam final pada akhir bulan 9 ini dan dapat menyampaikan dan mengamalkan segala ilmu yg diperoleh.InsyaAllah.


Menghafal Kaedah Jibril..


Sejak dari First Year lagi aku teringin menghafal beberapa juzu' Al-Quran dan mengekalkanya dalam ingatanku tetapi ia tidak kesampaian. Mana tidaknya setelah hafal beberapa juzu', beberapa bulan kemudiannya, ia hilang begitu sahaja. Astaghfirullah.Tetapi tahun baru ini aku cuba untuk mengulang balik juzu' yang pernah dihafal dan aku mendapat inspirasi dan semangat untuk kembali mengulang apabila membaca Buku 'Menghafal Kaedah Jibril' tulisan Ustaz Mohammad Asraff Al-Hafiz b. Ayob. 




Buku ini telah mengenengahkan cara yang menghafal secara berkesan. InsyaAllah.
Malah sekiranya kita mempunyai niat dan azam untuk menjadi seorang hafiz Quran, insyaAllah penulis menunjukkan kaedah yang sesuai bagi kita yang sibuk dengan kerja.
Penulis mengingatkan dan menyuntik semangat bagi permulaan hafazan Quran dengan mengingatkan para penghafaz Quran ini adalah wakil Allah "AHLULLAH". Tidakkah teringin kita menjadi kerabat Allah?


Dalam Hadith Nabi saw:
Anas melaporkan, katanya, "Rasulullah berkata, 'Sesunggunhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia.' Sahabat bertanya, 'Siapakah mereka, Rasulullah?" Rasulullah menjawab,' Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat Allah dan orang pilihanNya."
                                                                    ( Direkodkan oleh Ibnu Majah)


MasyaAllah sungguh istimewa orang2 yang menghafaz quran ini, moga2 Allah memberi kita penunjuk dan jalan untuk menghafaz kalam WahyuNya..ameen.


Akhir kalam, sama2 kita menunaikan puasa 6 di bulan Syawal kerana ganjarannya yang begitu besar dan mengharap redha Ilahi.


Hadith Nabi saw:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)




Mohon Maaf atas tersilap bicara dan moga2 Allah merahmati kita semua..ameen ya Rabb.
Wallahua'lam.



6 comments:

  1. slm lebaran

    doa sama2..gudluck eh

    oh..sbb tu duduk luar..amk usuluddin jgk..lme dh eh?

    ahm..nnt buku2 tu nk buat khazanah k?klo nk beli boleh?

    ReplyDelete
  2. ws warahmatullah wbt..
    insyaAllah..
    duk luar sebab mmg umah family kat dgn fakulti je..lagipun save budget skit duk luar..hehe.
    lame tak lame juga amik usuluddin tu..setahun sumennye period course die..insyaAllah akhir bulan 9 ni abis n exam final..doakan yg terbaik..
    kat umah tu byk buku clinical dentistry je..buku pre clinical dh takde coz dh bagi org laen pinjam..huhu.sape ni ek?

    ReplyDelete
  3. annurdin + hadid + nisreen = gabungan pelajar cemerlang.

    sama2 kite buat yg terbaek!

    ReplyDelete
  4. ahm..nnt klo dh msuk 3rd yr nk chop buku2 clinical tu eh

    @hadi/spe2 ad buku2 pre clinical? ad org pnjm dh k?

    oh..ini syafiqa ^^

    ReplyDelete
  5. Hadi : Ameen..ko pun cemerlang jugak..insyaAllah sama2 kita wat yg terbaik..^ ^,

    Syafiqa: Din sarankan baik beli/ photostat je buku2 tu..klu bleh biarlah ade satu koleksi buku utk diri sendiri coz buku tu berguna smpai kite dh keje nnt..buku tu pun gune smpai final year ni..sory bukan x nak bg pinjam tapi mmg gune smpai final year ni..nnt din bg list buku utk Clinical Dentistry..klu nak pinjam buku din utk photostat pun bleh juga..:)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete