Assalamualaikum warahmatullah wbt..
Alhamdulillah syukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam yg telah memberi ni’mat utk terus hidup di muka bumiNya. Sudah 2 minggu kami semua melalui sesi Final Year ( Tahun 5) berlalu. Baru-baru ini aku mengalami kerugian yang banyak disebabkan bridge yang sepatutnya aku pasang pada gigi patient gagal. Satu kata yang membuatkan hati aku terasa luluh bila disuruh membuat bridge yang baru kerana bridge yang lama gagal dipasang. Aku terpaksa mengeluarkan duit lagi lebih kurang empat ratus untuk membuat bridge yang baru. Sudah lapan ratus ringgit aku keluarkan untuk memenuhi requirement bridge. Peristiwa itu membuatkan aku terkadang terasa putus asa. Tetapi dengan nasihat dari ibu bapaku yg terus memberi semangat dan dorongan padaku, Alhamdulillah aku cuba untuk menempuhnya. Dengan zikir yang diajar oleh pensyarahku di UM membuatkan hatiku menjadi tenang kembali. Betul kata Dr Pauzi Awang, zikir ini seperti madu, dan manis madu tersebut hanya dapat dirasa jika kita merasanya sendiri.
Aku merasakan pada tahun akhir ini banyak pengorbanan perlu aku lakukan malah aku rasakan hampir keseluruhan rakanku yang lain juga perlu berkorban wang dan tenaga semata-mata untuk menyelesaikan requirement yang perlu kami penuhi. Sekiranya tidak dipenuhi, kami bakal menambah setahun lagi untuk kami bergraduasi kelak. Moga-moga semuanya dapat bergraduasi pada tahun hadapan.InsyaAllah.
Tapi aku dapat rasakan bukanlah kami merawat pesakit semata-mata untuk memenuhi requirement tetapi untuk mendapat redha Allah swt atas semua pengorbanan yang telah dicurah. Moga-moga Allah menilainya sebagai ibadah dan amal kami di akhirat kelak. Ameen Ya Rabb.
Sepotong hadith yang berbunyi “ Ahlu Dutsuur alladziina dzahabuu bil ujuur.” Bermaksud Orang-orang yang berharta yang pergi membawa pahala. Mereka itu adalah para pekerja yang baik, usaha yang disyukuri, perdagangan yang tidak akan merugi. Merekalah orang-orang yang membangun masjid di mana setiap orang melakukan ruku’ dan sujud. Memberikan makan kepada faqir dan miskin, memberi keringanan pada mereka yang memerlukan. Menanggung hidup anak yatim. Mereka menghimpunkan kebaikan setiap waktu.
InsyaAllah dengan apa yang kita lakukan dalam merawat pesakit dengan hati yang ikhlas akan membuahkan pahala dan redha Ilahi.
Ketahuilah orang yang sikit memberi itu buruk sikapnya. Sedangkan orang yang gemar memberi itu banyak balasannya. Syaratnya kita mesti yakin atas janji Allah di akhirat kelak.
Seperkara lagi, menjadi 1st batch bukanlah senang seperti disangka kebanyakan orang. Banyak dugaan yang terpaksa kami lalui, bukan pada awal kemasukan Tahun Pertama kami menjejakkan kaki di bumi USIM ini, tetapi setiap masa yang kami lalui. Pada awal Tahun Clinical, untuk mencari patient bukanlah perkara yang mudah, kami terpaksa menebalkan muka bertanyakan pada sesiapa orang yang dikenali atau tidak dikenali untuk menjadi patient kami. Sesi clinic kami sering kosong tiada patient yang hadir membuatkan pada Tahun Akhir ini kami terpaksa mengejar requirement untuk mengambil exam Final kelak. Kami sering dimarahi lecturer kerana tiada patient yang datang. Tetapi Alhamdulillah aku dikurniakan rakan-rakan sekuliah yang memahami kondisi kami semua. Kami selalu merefleksi dan mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kondisi kami agar semua daripada kami dapat grad pada masa yang ditetapkan.
Moga-moga Allah permudahkan aku untuk menempuh Final Exam pengajian Usuluddin di UM minggu hadapan dan boleh menyebarkan ilmu yang diperoleh.InsyaAllah.
Terasa rindu untuk meninggalkan ‘taman-taman syurga’ di Akademi Pengajian Islam UM. Moga2 Allah memberi kesempatan untuk aku terus mendalami ilmu agama.Ameen Ya Rabb.
Wallahua'lam.