Friday 17 August 2012

Undergrad dan masa depan..

Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah syukur atas segala ni'mat yg Allah beri pada kita semua especially pada kami semua yg telah berjaya menamatkan pengajian dlm bidang pergigian selama 6 tahun (plus 1 tahun di tamhidi). Terasa pantas masa berlalu. Terlalu banyak kisah cerita kami dlm menempuh 6 tahun ni, suka dan duka, susah payah bersama dan lain-lain lagi. Apapun benda yang lepas tidak perlu dikenang kisah pahit dan duka ttp sebaliknya lebih mematangkan kita dalam kehidupan jika difikir-fikir balik.

Sebelum terlupa, aku ingin memohon maaf atas salah silap, terkasar bahasa, mengata-ngata, dan lain2 kpd rakan seperjuangan. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kita berusaha untuk memperbaikinya kepada yg lebih baik.

Pada minggu lepas, aku sempat borak dgn seorang lecturer kami. Kata beliau, "saya sedih bila batch kamu semua dah takde..inilah lumrah sbg seorang lecturer spt kami ni tiap-tiap tahun kami akan berasa perasaan yg sama kerana kehilangan kamu semua". Credit to semua lecturer USIM yg byk berkorban demi kami semua mengajari kami semua untuk menjadi dentist yg musleh. Mereka sanggup menahan telinga dari dekan kami walaupun kami ni semua bukan perfect dan byk kekurangan diri, dan  juga sifat malas menebal dlm diri kami. Bila meeting finalise exam final pro kami, dato mempertikaikan requirement kami (requirement kurang) dan lecturer2 kami dipersalahkan kerana requirement kurang bukan kami dipersalahkan. Bak kata lecturer, kami semua adalah anak emas dato'. By the way, kami semua mohon maaf kepada semua lecturer kami dan thanks to Dato' Wan (dekan kami) dan lecturer2 kami semua atas jasa baik beliau membuatkan kami semua berjaya mengharungi pengajian selama 6 tahun.

Alhamdulillah satu misi sudah berjaya menghantar greeting cards n Happy Eid celebration kpd semua lecturer  dan staf2 dental. Mg2 dgn usaha kecil ni dpt menggembirakan mereka semua.

Sedih rasa hati untuk meninggalkan USIM, biah solehah..dapat berjumpa dgn rakan2 yg soleh dan musleh terutama Dr Aziz, lemi, fakhri, najmi, ayie, puje, rakan sebatch hadi, ammar, gopu, hadid, hafiz, pijul, wanzul dan lain2 lagi. Terima kasih pada rakan sebatch yang banyak menolong dan memberi dorongan dan yang paling besar sudi menerimaku untuk menumpang di rumah mereka. hehe. Mg2 Allah membalas jasa baik mereka semua. 
Amiin.^ ^,

Kenangan dgn Dr Aziz byk merubah hidupku, summa alhamdulillah. Beliau banyak memberi dorongan dan nasihat kpd aku yg penuh dgn kekurangan.Mg2 talian ukhuwah ini tidak putus dan berkekalan sehingga ke syurga..Amiin Ya Rabb.
Betul sabda Nabi Muhammad saw:
Sabda Nabi:

“Seseorang itu di atas agama temannya, maka hendaklah ia melihat dengan siapa ia berteman.” 
(HR. Abu Dawud dan lainnya)

Masa depan...

Banyak perkara yang perlu difikir untuk masa depan iaitu setelah tamat tempoh fydo dan 2 tahun compulsory service. Tapi kami semua terikat selama 10 tahun coz biasiswa JPA.

Di benak fikiran aku sekarang ada 3 pilihan utama. Aim aku adalah untuk menyambung master dalam specialty dentistry yang aku minati (Orthodontics/ Oral Surgery).

3 pilihan aku sekarang adalah untuk stay di government, atau university ataupun ARMY..
Ya Allah, moga2 Engkau tunjukkan jalan yang terbaik bagiku dlm istikharahku..

Aku teringin nak cuba peluang untuk masuk ARMY, ini kerana aku sukakan cabaran dan merantau. Dan kelebihan masuk ARMY senang nak sambung belajar dlm specialty yg kita minati. Cumanya di dalam ARMY kita kena banyak berkorban dari segi masa, diri dan keluarga.

Bekerja di government pun okay cumenye persaingan untuk sambung belajar lebih tinggi berbanding di university dan ARMY.

Moga2 Allah berikanku petunjuk dlm membuat pilihan dan memberi keyakinan dlm diriku untuk membuat segala keputusan.

Mohon maaf atas segala salah dan silap, terlanjur kata dan terasa hati. Di dalam diri ini tiada niat apapun melainkan untuk memperoleh redha Ilahi dan kebaikan untuk semua.

Moga2 aku terus istiqamah dalam jalanNya dan terus dalam kebaikan. Ameen Ya Rabb. Mohon doa kalian jua untuk diri yg serba kekurangan ini.

Sebelum menutup kata, Salam Aidilfitri dan Maaf zahir dan batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Huzzun said.

Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment