Friday 19 August 2011

Berjinak-jinak dalam penulisan blog, permulaan catatanku..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

 Alhamdulillah syukur pada Ilahi yg menciptakanku dengan penuh sempurna tanpa cacat cela. Terasa diri ini sungguh rendah dan dhaif untuk memulakan coretan tulisan di blog yg baru seminggu jagung ini. Sebelum ini, memang di dalam hati teringin hendak berjinak di dalam dunia blog ini cumanya, tidak diberi kekuatan untuk menulis dan masa yang begitu pantas dengan kesibukan harian. Lebih-lebih lagi sebelum ini aku suka membaca tulisan blog2 yang memberi semangat pada diri yang mudah tersungkur dalam kelalaian. Syukur pada Allah kerana menemukan aku keluarga, saudara mara, guru-guru, sahabat2 yang baik-baik serta sentiasa mencari redha Ilahi. 

Hobi Membaca Blog yang Membina..

Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan seorang cikgu pada rakanku yg sedang menuntut di PPUKM. Beliau adalah Cikgu Noraidah. Permulaan taarufku dgn Cikgu Noraidah apabila aku selalu membaca komen-komen membina di 'wall facebook' rakanku. Aku suka mendengar nasihatnya dan menjadi hatiku gembira dan tenang tatkala membaca segala komen-komennya. Setelah itu, aku diperkenalkan dengan blognya iaitu 'MENITI KEHIDUPAN'..
Kata-kata serta nasihat-nasihatnya yang dilemparkan melalui penulisannya sungguh terkesan di hati kecil ini. Seringkali dia mengingatkan dirinya agar merefleksi diri kita, Aku suka dengan kata-katanya, " Selalu cikgu pesan dengan anak-anak dan para pelajar cikgu,"Ingat, kesan daripada ibadah kita adalah akhlak kita. Kalau akhlak kita tak baik, itu bermakna ibadah kita tidak membawa 'makna' dan 'terkesan' di dalam diri. Kena muhasabah diri dan buat refleksi diri. Ada yang tak kena tu.." 
Kata-katanya sama seperti cikguku semasa menuntut di SAMBEST dulu. Cikgu yang dimaksudkan Cikgu Zamilah dan Ustazah Rosfa. Dua orang pendidik ini sangat bermakna dalam nota hidupku semasa bergelar pelajar sekolah menengah. InsyaAllah aku tidak akan melupakan saat-saat manis ketika dapat berdamping belajar dengan mereka. Malah, mereka selalu memberi semangat dan nasihat-nasihat yang membina bagiku.

Kesan blog membina pada diri kita dan orang lain... 

Setiap kali aku membaca blog orang di sekitarku aku merasakan ia memberi semangat motivasi padaku. Aku merasakan betapa besarnya pahala mereka menyebarkan da'wah mereka melalui blog-blog mereka dengan sekadar menulis sahaja.Yang paling penting refleksi diri setiap apa yang kita tulis seperti insan-insan yang aku sebutkan sebelum ini. Mereka menulis melalui jiwa mereka kerana mereka mengamalkan apa yang ditutur oleh mereka.

Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti mereka dan menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ni.Moga2 Allah memberi petunjuk padaku sepertimana orang-orang beriman sebelum ini.

Aku cuba ingin menjadi seperti Imam Hassan Al-Basri dimana setiap kali beliau menuturkan sesuatu pada khalayak ramai ketika khutbah Jumaat, beliau akan melakukan terlebih dahulu. Hasilnya?? Selesai memberi khutbah, berbondong-bondong orang melakukan apa yang dituturkan olehnya. 

Aku mengambil satu peristiwa di mana suatu hari jumaat  beliau menyampaikan khutbah tentang bersedekah pada fakir miskin, lalu, selepas itu semua orang menginfakkan harta pada orang-orang miskin sampai tidak ada suatu pun menjadi papa kedana di negerinya. Sampailah satu masa ade seorang hamba abdi datang kepadanya supaya menyuruh Imam Hassan Al-Basri memberi tajuk khutbah 'memerdekakan hamba abdi'. Lalu, hamba abdi tersebut menunggu-nunggu tajuk khutbah yang dimintanya. Tetapi Imam Hassan tidak menyentuh bab memerdekakan hamba abdi. Sehinggalah setahun kemudian barulah beliau menyentuh bab memerdekakan hamba abdi..Apabila ditanyakan kenapa sangat lama tempoh permintaan hamba tersebut kepada beliau, lalu beliau menjawab, " Aku tidak mempunyai wang untuk memerdekakan hamba abdi sebelum aku hendak menyampaikan khutbah tersebut sehinggalah aku mengumpul duit selama setahun barulah aku mampu untuk memerdekakan seorang hamba. Selepas khutbah jumaat bertajuk memerdekakan hamba abdi, ramai orang membeli hamba-hamba abdi dan memerdekakan hamba-hamba abdi tersebut. Subhanallah mulianya akhlak Imam Hassan al-Basri. Moga-moga kita semua boleh menjadi seperti beliau. InsyaAllah.
 
Sekiranya ada salah silap dalam menutur bicara mohon dimaafi dan semua yang baik datang dari Rahmat Allah swt.

Tidak lupa juga terima kasih pada rakanku, Fakhri atas tunjuk ajar untuk memulakan blogku ini...

Moga2 kita mendapat ampunan dan redha Ilahi pada 10 malam ramadhan terakhir.InsyaAllah.

Banyakkan berzikir dan istighfar pada bulan Ramadhan ini. 
Sabda Nabi saw:

اللهم انك عفو  كريم تحب العفو فاعف عنا

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Memberi Ampun dan Engkaulah suka memberi ampun, kerana itulah ampunilah kami, wahai Dzat yang Maha Pemurah. (HR Tirmidzi)

Wallahua'lam.

6 comments:

  1. Assalamualaikum anakda Annurdin,

    ALHAMDULILLAH dan Tahniah! Gembira cikgu baca blog ni..Terima kasih atas penghargaan kepada penulisan cikgu serta promosinya:)

    Walaupun daripada awal Ramadhan, cikgu memang berazam nak fokus kepada ibadah dan tidak fokus kepada fb tetapi hari ini buka fb utk 'glance thru' jika ada kata-kata nasihat dan peringatan yang boleh cikgu dapat bagi menasihati diri utk 10 akhir Ramadhan ni, seronok pula tengok 'terhasilnya' blog ni..Bagus dan cikgu doakan moga ada manfaat utk diri dan ummah, ameen..

    "Penulisan adalah satu medan dakwah". Berkongsi dan menulislah dari hati nurani kita dan ianya akan tiba di hati nurani pembaca..Teruskan usaha dan cikgu akan terus mendoakan moga ALLAH SWT terus mengurniakan ilham kepada annurdin untuk perkongsian ini, ameen. Tahniah dan 'take care'

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 cikgu kerana sudi membaca post pertama saya dan memberi komen yang membina serta memberi inspirasi kepada saya. Alhamdulillah syukur pada Allah saya dapat tunaikan hajat sy untuk menulis di blog sendiri.hehe.
    Betul tu cikgu penulisan ni adalah salah satu medan da'wah. InsyaAllah nasihat cikgu akan sy semat dlm hati saya.Ameen Ya Rabb atas doa cikgu.Saya terharu atas doa cikgu, moga2 Allah memberi saya petunjuk dalam melakukan perkara kebaikan. Moga2 Allah melindungi, memberkati dan merahmati cikgu sekeluarga..Moga2 kita semua mendapat ampunan dari Ilahi pada 10 malam terakhir Ramadhan..
    Terima kasih sekali lagi cikgu..:)

    ReplyDelete
  3. cikgu zamilah, ustazah rosfa..

    Allah..rindu!

    betul.menulis boleh jadi satu medan dakwah. pengalaman menulis blog selama hampir 3 tahun,ya..niat harus sentiasa lurus, menulis dgn harapan akan memberi manfaat kepada org lain.

    tapi lama-kelamaan; sy akui & juga berlaku kpd sy, hati boleh jadi hanyut bila lihat perhatian org terhadap blog kita, komen2 mereka..kita lebih suka mereka 'lihat' blog kita & akhirnya kita abaikan penulisan kita. mula merepek & menyakitkan hati org yg baca.

    sy cukup terkesan dgn kata2 sahabat sy: stiap apa yang kita tulis, biar menjadi SAHAM di akhirat.

    tahniah atas tulisan 'pengenalan' yang penuh isi. smoga terus memberi manfaat kpd pembaca.

    semoga selamat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komen membina tersebut..moga2 kita semua dijauhkan sifat mazmumah spt ujub dan riya'. ameen.
    Teringat satu hari pernah terbaca dalam buku tasawwuf bagi mengelak perasaan ujub dan riya' adalah dengan selalu menyebut :
    لا حول ولا قوة الا بالله
    Mg2 Allah menjauhkan kita daripada sifat tersebut dan selalu menghitung diri atas kesilapan yang kita lakukan.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. JT Casino: The Latest in Las Vegas - KTM Hub
    JT 목포 출장안마 Casino: The Latest in Las Vegas As part 상주 출장마사지 of its multi-product distribution 부천 출장샵 agreement, 서귀포 출장샵 the company expects to add the slots and 속초 출장샵 table games to

    ReplyDelete