Sejak dahulu
lagi tatkala Allah menyuruh Iblis sujud pd Adam alaihissalam, Iblis ingkar atas
perintah Allah dan Iblis bersumpah akan menyesatkan anak2 serta cucu cicit Adam alaihissalam untuk memilih jalan
kefasikan. Lantas Allah berfirman pada ayat 8-10 Surah As-Syams.
Firman Allah
swt:
8. maka Dia
mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan atau kefasikan dan ketakwaannya.
9. sungguh
beruntung orang yang menyucikan jiwanya.
10. dan
sungguh rugi bagi yang mengotorinya.
Secara
dasarnya, manusia secara fitrahnya sukakan akan kebaikan dan sentiasa mahu
ingin melakukan kebaikan, memaafkan, mengasihi, menolong antara satu sama lain
dan seluruh kebaikan. Tetapi kerana sumpah Iblis, Iblis memberi bisikan pada manusia untuk
memilih jalan kefasikan. Dan Allah telah memberi 2 pilihan pada hambaNya untuk
memilih jalan kefasikan atau jalan kebaikan.
Bukankah
kita menyukai akan keindahan? Kita menyukai gemiricip air di sungai dan pantai
dan kita juga suka akan taman-taman keindahan yang dipenuhi bunga-bunga serta
pohon-pohon yang redup. Bahkan kita sanggup mencari tempat-tempat yang indah
dengan sanggup menghabiskan wang untuk menikmati keindahan-keindahan tersebut.
Tetapi ingatlah Allah menjanjikan syurga dengan penuh keindahan bagi
orang-orang yang beruntung. Siapakah orang yg beruntung tersebut? Iaitu
orang-orang yg bertaqwa. Tidakkah kita ingin kembali ke syurga tempat asal kita
dahulu?
Ingatlah, dengan sebab kita melakukan kebaikan,
alangkah tenang hati ini seperti tenangnya berada di syurga. Dengan sebab kita
memberi kemaafan, alangkah luasnya hati ini seperti luasnya syurga. Pernahkah
kita terfikir untuk mengecapi nikmat di syurga yang berkekalan?Tidakkah rasa
rindu untuk pulang ke negeri asal kita iaitu syurga? Sucikanlah hati dengan
bermuhasabah menilai diri untuk menjadi ahli-ahli syurga.
Jalan yang
panas dan jalan yg sejuk…
Cuba kita
bayangkan adakah kita memilih jalan yang panas atau jalan yg sejuk? Tetapi
betapa ramai yang memilih jalan yang panas iaitu memilih jalan kefasikan. Itulah fatamorgana
yang syaitan ciptakan.
Alangkah
bodohnya kita memilih bisikan-bisikan jalan kefasikan. Ingatlah dunia hanyalah
tempat persinggahan manakala tempat yang kekal abadi adalah negeri akhirat.
Alangkah beruntungnya orang-orang yang ikhlas melakukan perintah Allah dan
mengetahui tujuan hidupnya. Misinya adalah satu untuk kembali pada negeri
asalnya dengan rahmat Ilahi.
Peperangan
dalam jiwa kita belum usai. Sehinggakan tatkala Rasulullah
sollallahualaihiwassalam pulang dari peperangan Badar, lalu sahabat2 baginda
gembira atas kejayaan mereka. Lalu Baginda mengingatkan para sahabat bahawa
peperangan Badar adalah kecil sahaja. Lantas para sahabat bertanya kepada
Baginda, apakah peperangan yg terbesar? Lalu jawab Baginda: Peperangan yang
besar adalah peperangan melawan hawa nafsu. Masa berlalu dengan pantas, masih
ada masa kita untuk kembali pada jalan kebaikan.InsyaAllah.
Nukilan dari
hati.
Wallahua’lam.