Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah syukur atas segala ni'mat yg Allah beri pada kita semua especially pada kami semua yg telah berjaya menamatkan pengajian dlm bidang pergigian selama 6 tahun (plus 1 tahun di tamhidi). Terasa pantas masa berlalu. Terlalu banyak kisah cerita kami dlm menempuh 6 tahun ni, suka dan duka, susah payah bersama dan lain-lain lagi. Apapun benda yang lepas tidak perlu dikenang kisah pahit dan duka ttp sebaliknya lebih mematangkan kita dalam kehidupan jika difikir-fikir balik.
Sebelum terlupa, aku ingin memohon maaf atas salah silap, terkasar bahasa, mengata-ngata, dan lain2 kpd rakan seperjuangan. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kita berusaha untuk memperbaikinya kepada yg lebih baik.
Pada minggu lepas, aku sempat borak dgn seorang lecturer kami. Kata beliau, "saya sedih bila batch kamu semua dah takde..inilah lumrah sbg seorang lecturer spt kami ni tiap-tiap tahun kami akan berasa perasaan yg sama kerana kehilangan kamu semua". Credit to semua lecturer USIM yg byk berkorban demi kami semua mengajari kami semua untuk menjadi dentist yg musleh. Mereka sanggup menahan telinga dari dekan kami walaupun kami ni semua bukan perfect dan byk kekurangan diri, dan juga sifat malas menebal dlm diri kami. Bila meeting finalise exam final pro kami, dato mempertikaikan requirement kami (requirement kurang) dan lecturer2 kami dipersalahkan kerana requirement kurang bukan kami dipersalahkan. Bak kata lecturer, kami semua adalah anak emas dato'. By the way, kami semua mohon maaf kepada semua lecturer kami dan thanks to Dato' Wan (dekan kami) dan lecturer2 kami semua atas jasa baik beliau membuatkan kami semua berjaya mengharungi pengajian selama 6 tahun.
Alhamdulillah satu misi sudah berjaya menghantar greeting cards n Happy Eid celebration kpd semua lecturer dan staf2 dental. Mg2 dgn usaha kecil ni dpt menggembirakan mereka semua.
Sedih rasa hati untuk meninggalkan USIM, biah solehah..dapat berjumpa dgn rakan2 yg soleh dan musleh terutama Dr Aziz, lemi, fakhri, najmi, ayie, puje, rakan sebatch hadi, ammar, gopu, hadid, hafiz, pijul, wanzul dan lain2 lagi. Terima kasih pada rakan sebatch yang banyak menolong dan memberi dorongan dan yang paling besar sudi menerimaku untuk menumpang di rumah mereka. hehe. Mg2 Allah membalas jasa baik mereka semua.
Amiin.^ ^,
Kenangan dgn Dr Aziz byk merubah hidupku, summa alhamdulillah. Beliau banyak memberi dorongan dan nasihat kpd aku yg penuh dgn kekurangan.Mg2 talian ukhuwah ini tidak putus dan berkekalan sehingga ke syurga..Amiin Ya Rabb.
Betul sabda Nabi Muhammad saw:
Sabda Nabi:
“Seseorang itu di atas agama temannya, maka hendaklah ia melihat dengan siapa ia berteman.”
(HR. Abu Dawud dan lainnya)
Masa depan...
Banyak perkara yang perlu difikir untuk masa depan iaitu setelah tamat tempoh fydo dan 2 tahun compulsory service. Tapi kami semua terikat selama 10 tahun coz biasiswa JPA.
Di benak fikiran aku sekarang ada 3 pilihan utama. Aim aku adalah untuk menyambung master dalam specialty dentistry yang aku minati (Orthodontics/ Oral Surgery).
3 pilihan aku sekarang adalah untuk stay di government, atau university ataupun ARMY..
Ya Allah, moga2 Engkau tunjukkan jalan yang terbaik bagiku dlm istikharahku..
Aku teringin nak cuba peluang untuk masuk ARMY, ini kerana aku sukakan cabaran dan merantau. Dan kelebihan masuk ARMY senang nak sambung belajar dlm specialty yg kita minati. Cumanya di dalam ARMY kita kena banyak berkorban dari segi masa, diri dan keluarga.
Bekerja di government pun okay cumenye persaingan untuk sambung belajar lebih tinggi berbanding di university dan ARMY.
Moga2 Allah berikanku petunjuk dlm membuat pilihan dan memberi keyakinan dlm diriku untuk membuat segala keputusan.
Mohon maaf atas segala salah dan silap, terlanjur kata dan terasa hati. Di dalam diri ini tiada niat apapun melainkan untuk memperoleh redha Ilahi dan kebaikan untuk semua.
Moga2 aku terus istiqamah dalam jalanNya dan terus dalam kebaikan. Ameen Ya Rabb. Mohon doa kalian jua untuk diri yg serba kekurangan ini.
Sebelum menutup kata, Salam Aidilfitri dan Maaf zahir dan batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Huzzun said.
Wallahua'lam.
ZIKRUL MAUT
I love sincerely friendships, and hope get Redha from Allah.
Friday, 17 August 2012
Friday, 6 July 2012
Dua jalan..
Sejak dahulu
lagi tatkala Allah menyuruh Iblis sujud pd Adam alaihissalam, Iblis ingkar atas
perintah Allah dan Iblis bersumpah akan menyesatkan anak2 serta cucu cicit Adam alaihissalam untuk memilih jalan
kefasikan. Lantas Allah berfirman pada ayat 8-10 Surah As-Syams.
Firman Allah
swt:
8. maka Dia
mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan atau kefasikan dan ketakwaannya.
9. sungguh
beruntung orang yang menyucikan jiwanya.
10. dan
sungguh rugi bagi yang mengotorinya.
Secara
dasarnya, manusia secara fitrahnya sukakan akan kebaikan dan sentiasa mahu
ingin melakukan kebaikan, memaafkan, mengasihi, menolong antara satu sama lain
dan seluruh kebaikan. Tetapi kerana sumpah Iblis, Iblis memberi bisikan pada manusia untuk
memilih jalan kefasikan. Dan Allah telah memberi 2 pilihan pada hambaNya untuk
memilih jalan kefasikan atau jalan kebaikan.
Bukankah
kita menyukai akan keindahan? Kita menyukai gemiricip air di sungai dan pantai
dan kita juga suka akan taman-taman keindahan yang dipenuhi bunga-bunga serta
pohon-pohon yang redup. Bahkan kita sanggup mencari tempat-tempat yang indah
dengan sanggup menghabiskan wang untuk menikmati keindahan-keindahan tersebut.
Tetapi ingatlah Allah menjanjikan syurga dengan penuh keindahan bagi
orang-orang yang beruntung. Siapakah orang yg beruntung tersebut? Iaitu
orang-orang yg bertaqwa. Tidakkah kita ingin kembali ke syurga tempat asal kita
dahulu?
Ingatlah, dengan sebab kita melakukan kebaikan,
alangkah tenang hati ini seperti tenangnya berada di syurga. Dengan sebab kita
memberi kemaafan, alangkah luasnya hati ini seperti luasnya syurga. Pernahkah
kita terfikir untuk mengecapi nikmat di syurga yang berkekalan?Tidakkah rasa
rindu untuk pulang ke negeri asal kita iaitu syurga? Sucikanlah hati dengan
bermuhasabah menilai diri untuk menjadi ahli-ahli syurga.
Jalan yang
panas dan jalan yg sejuk…
Cuba kita
bayangkan adakah kita memilih jalan yang panas atau jalan yg sejuk? Tetapi
betapa ramai yang memilih jalan yang panas iaitu memilih jalan kefasikan. Itulah fatamorgana
yang syaitan ciptakan.
Alangkah
bodohnya kita memilih bisikan-bisikan jalan kefasikan. Ingatlah dunia hanyalah
tempat persinggahan manakala tempat yang kekal abadi adalah negeri akhirat.
Alangkah beruntungnya orang-orang yang ikhlas melakukan perintah Allah dan
mengetahui tujuan hidupnya. Misinya adalah satu untuk kembali pada negeri
asalnya dengan rahmat Ilahi.
Peperangan
dalam jiwa kita belum usai. Sehinggakan tatkala Rasulullah
sollallahualaihiwassalam pulang dari peperangan Badar, lalu sahabat2 baginda
gembira atas kejayaan mereka. Lalu Baginda mengingatkan para sahabat bahawa
peperangan Badar adalah kecil sahaja. Lantas para sahabat bertanya kepada
Baginda, apakah peperangan yg terbesar? Lalu jawab Baginda: Peperangan yang
besar adalah peperangan melawan hawa nafsu. Masa berlalu dengan pantas, masih
ada masa kita untuk kembali pada jalan kebaikan.InsyaAllah.
Nukilan dari
hati.
Wallahua’lam.
Monday, 9 April 2012
Jadilah doktor yg mukhlis..
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wbt,
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda serta para tabi' dan tabi'in..Moga kita semua dlm lindungan Allah dan bersama-sama dgn org beriman.
Sekarang aku dalam posting oral and maxillofacial surgery (pembedahan muka dan mulut) di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.
Hari pertama di HUSM sgt mengujakan kerana doktor2 yg mengambil master dan staf2 di hospital tersebut sangat peramah dan baik belaka. Salah seorang doktor pakar Maxillofacial di sini sangat baik dan ikhlas dlm menerima kami sbg student yg serba lemah. Dia mengingatkan kami sebelum berjumpa patient mestilah introduce diri kpd patient, dan sebelum memeriksa patient tersebut, jaga hati patient dgn menanyakan soalan2 tentang diri mrk cth asal mrk, pekerjaan mrk dan lain-lain lagi supaya mrk merasakan doktor tersebut mengambil berat tentang diri mereka.
Janganlah memilih 'bulu' atau status patient, pesan doktor tersebut 'treat patient equally' coz sambung doktor tersebut kebanyakan doktor di hospital mereka memilih 'bulu' atau status patient. Kalau tahu patient tersebut orang kenamaan ataupun government servant barulah kalut2 memberi layanan yg baik. Hakikatnya, kerja sebagai doktor memerlukan keikhlasan utk memberi layanan yg sama pada semua orang.
Pesan doktor tu lagi, bila sudah membina rapport yg baik terhadap patient barulah kerja kita menjadi mudah kerana patient selesa dgn kita. Selepas memeriksa patient tersebut, pastikan kita memberi tahu balik result pemeriksaan kita terhadap mrk atau kondisi mrk ketika itu. Kebanyakan doktor selepas memeriksa patient tidak memberitahu keadaan patient. Mrk menganggap patient tidak berhak tahu atau lebih teruk lagi mengganggap patient tidak tahu term2 medical. Nauzubillah. Jangan jadikan patient sbg 'kambing hitam' kerana mereka juga ada hati dan perasaan.
Selain itu, doktor mempunyai medan dakwah yang sangat luas. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk berada di medan dakwah ini. Selain merawat, doktor juga boleh memberi motivasi kepada patient. Aku ingat kata2 doktor pakar tersebut atas seorang patient yg agak kronik, katanya, mungkin Allah tidak bagi ujian seteruk itu pada kita kerana takut kita tidak mampu menempuhnya tapi Allah pilih dia untuk menerima ujian tersebut kerana Allah tahu dia boleh lalui ujian tersebut. Subhanallah kata-kata itu membuatkan aku terfikir sejenak bahawa begitu daifnya diri ini kerana diberi kenikmatan tapi leka dan tidak menggunakan nimat tersebut dgn sebaik mungkin.
Firman Allah:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman, ayat13)
Tugas doktor juga kena sentiasa mengingatkan tugas hamba kepada Rabbnya iaitu solat lima waktu. Alhamdulillah di HUSM ada menyediakan sudut ruangan wuduk utk pesakit2 yg susah utk berwuduk serta carta2 alir utk memudahkan pesakit merujuk bagaimana utk menunaikan solat ketika sakit. Tidak kurang juga disediakan juga Al-Quran dan yasin utk memudahkan pesakit membaca Al-Quran. Alhamdulillah.
Mari sama2 kita ikhlaskan niat kita dan membuat semua perkara kebaikan kerana Allah. Walaupun manusia tidak menilai pekerjaan kita tapi Allah akan menilai pekerjaan kita di akhirat kelak.

Friday, 30 March 2012
Adakah cukup persediaan??
Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah syukur pada Allah yang banyak memberi ni'mat seharian pada kita. Selawat dan salam pada nabi junjungan Nabi Muhammad saw serta para sahabat2 baginda.
Tanpa sedar lagi 3 bulan lagi masa berbaki di USIM sekiranya aku lepas requirement dan exam pro yg akhir. Moga2 dipermudahkan semuanya. Seringkali orang akan bertanya lepas ni nak posting kat mana? dh nak kahwin k? nak smbung study k lepas grad ni? dan bermacam-macam lagi persoalan yg timbul..kadangkala soalan2 sebegitu yg membuatkan aku termenung jauh. Bukan apa, aku terasa diri ni banyak kekurangan dan belum bersedia untuk menempuh semua tu. Ditambah lagi dengan ujian dan dugaan yg banyak yg hampir mmbuatkan ak putus asa dan malas nak berfikir tentang masa depan tidak kira dr segi kerjaya, kahwin dan sebagainya.
Aku sering berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam hidup dan dapat memberi manfaat pada org lebih2 lagi pada Islam agar ak dpt menanam benih di akhirat kelak.. Moga2 hasrat ku tercapai. Kadang2 terfikir lepas habis grad dental ni..rase macam nak amik course agama pulak coz aku merasakan sesuatu yang amat lain bila menghadiri majlis ilmu agama. Benarlah firman Allah di dalam Al-Quran dan hadith yang menyebut bila mengingati Allah hati akan menjadi tenang..
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)
Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Alhamdulillah aku dikurniakan dengan orang disekelilingku dengan hati yang baik2 dan bila melihat muka mereka akan timbul rasa insaf dalam diri. Setiap malam sebelum tidur aku akan menerima message2 tazkirah/nasihat dari rakan2ku serta cikgu2 ku dulu. Aku kagum dengan mereka kerana mereka konsisten dengan amal mereka dan kata2 mereka kerana mereka berkata ap yg mereka lakukan. Sebab itulah penting sahabat yang baik dan sentiasa dekat dengan Allah akan memberi tempias pada kita untuk kita mencontohi mereka. Moga2 aku juga dapat menjadi seperti mereka.ameen.
Jom sama2 kita mendekatkan diri kita pada Allah dan menghitung dosa dan amal yang kita lakukan seharian. Waktu yang terbaik adalah sepertiga malam kerana Allah mendengar rintihan hambaNya dan bangga akan hambaNya yang bangun semata-mata utk Tuhan Yang Menciptakannya.
Wallahua'lam.
Maaf atas salah silap atas diri yg lemah ini.
Sunday, 19 February 2012
Menyingkap Rahsia Surah Al-Fatihah (Siri 2)..
KONSEP KEEMPAT: KONSEP PEMILIKAN DAN KONSEP PEMBALASAN
Pada asasnya, pemilik berhak melakukan apa sahaja atas peminjam. Dalam konteks Allah adalah Pemilik Segalanya, hanyalah Allah sahaja berkuasa atas Hari Pembalasan kelak. Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hambanya sama ada memasukkan hambanya ke dlm syurga ataupun neraka walaupun di akhirat kelak terdapat pertikaian antara manusia tetapi manusia tidak boleh mempertikai keadilan Allah kerana Allah Maha Adil atas segala-galanya.
Konsep pembalasan pula memerlukan sesuatu untuk membalas. Dan yang paling penting ia memerlukan keadilan. Kerana Allah membalas atas segala perbuatan hambanya secara adil di akhirat kelak. Selain itu, untuk menggapai keadilan, ia memerlukan kepada penyaksian dan pengakuan yang hakiki. Oleh sebab itu, mulut kita dikunci dan anggota lain yang akan menjadi saksi dan pengakuan ke atas kita berdasarkan apa yang kita lakukan di dunia yang fana ini. Sungguh Maha Adil Allah membalas perbuatan hambanya dengan menggunakan saksi dan pengakuan hambanya kerana tika itu, mulut tidak dapat menipu di depan Allah kerana anggota lain seperti tangan dan kaki akan menjawab di hadapan Allah kelak dan kita tidak boleh bersembunyi lagi atas apa yang kita lakukan seperti di dunia ini. Subhanallah sungguh malunya kita di depan Allah kelak tika Allah menunjukkan segala perbuatan kita di khalayak ramai di dunia ini. Mari sama-sama kita muhasabah diri atas segala perbuatan yang kita telah lakukan di dunia ini. Allah Taala telah berfirman di dalam Surah Yasin, ayat 65:
Firman Allah:
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(36:65)
KONSEP KELIMA: KONSEP KEHAMBAAN, PERMOHONAN DAN PENYEMBAHAN
Ia adalah konsep yg paling penting dan adakah kita betul-betul mempraktiskan konsep perhambaan di dalam kehidupan seharian kita selain daripada di dalam solat? Kita ambil contoh yang paling mudah difahami, apabila kita bangun dari tidur, adakah semasa kita bangun, kita mengingat Allah? Atau kita mengingat kerja kita yang tertangguh ataupun kita teringat akan pangkat kita atau kita mengingat hal-hal keduniaan yang lain? Ayuh, mulai saat ini kita tukar paradigma kita dari saat kita bangun dari tidur lagi dengan mengingati Allah kerana takut-takut kita menjadi hamba kepada dunia bukan pada Allah.Nauzubillah. Caranya dengan mengucap syukur pada Allah kerana memberi ni’mat hidup di dunia ini lagi.
Allah mendidik kita apabila kita hendak memohon segala jua permintaan hendaklah kita memohon pada Allah swt. Janganlah kita memohon selain Allah kerana itu adalah perbuatan syirik dan dilaknat oleh Allah SWT. Di dalam konsep penyembahan pada Allah, kita hendaklah melakukan persembahan yang terbaik di depan Allah. Khusyuk adalah kuncinya dan cara untuk khusyuk kita perlu praktis dan mempunyai ilmu dgn mendalaminya dgn org2 yg alim dalam bidang agama spt alim ulama’.
KONSEP KEENAM: KONSEP HIDAYAH DAN KONSEP JALAN YANG LURUS
KONSEP KETUJUH: HAKIKAT KEDEGILAN& KEJAHILAN SERTA KONSEP PASANGAN
Orang yg berada dalam ni’mat kemanisan iman, walaupun org melihat dia di dalam kesusahan tetapi di dalam lubuk hatinya berasa tenang dan indah kerana dirinya dekat dengan Tuhan Pencipta yakni Allah swt.
Dan kita hendaklah memohon berlindung dari orang-orang yg degil iaitu Yahudi dan Nasrani (Kristian). Siapakah Yahudi? Mereka itulah sudah tahu kebenaran yang Nabi ajari mereka tetapi mereka degil dan tetap melakukan kebatilan. Janganlah menjadi degil seperti Yahudi, sudah tahu kebenaran tetapi tetap melakukan maksiat dan kebatilan terhadap Allah.Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan sifat degil Yahudi.
Dan siapa pula Kristian? Mereka inilah melakukan pengibadahan tanpa ilmu yang benar dan mereka ini tidak dibekalkan ilmu yang hakiki, sebaliknya mereka adalah jahil. Jangan juga masukkan diri kita terhadap kejahilan seperti Kristian. Sebab itulah di dalam Surah Al-Fatihah ini kita berdoa agar dijauhkan dua sifat yang keji ini.
Apa pula dimaksudkan dengan konsep pasangan?
Konsep pasangan:
1. Pasangan secara permintaan- Meminta pada Allah agar dikurniakan jalan yg lurus dan minta jauh dari jln yg sesat.
2. Pasangan secara perhambaan-Minta pada Allah versus Minta selain daripada Allah
3.Pasangan org2 beriman versus org2 yg kufur.
Ada sebuah hadith yg menyebut Surah Al-Fatihah adalah interaksi antara hamba dan Allah swt.
Abu Hurayrah was asked, “[When] we stand behind the Imam” He said, “Read it to yourself, for I heard the Messenger of Allah say,
« قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: قَسَمْتُ الصّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ: [الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ]، قَالَ اللهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ: [الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ]، قَالَ اللهُ: أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِي، فَإذَا قَالَ: [مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ]، قَالَ اللهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ: [إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]، قَالَ: هذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ: [اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ]، قَالَ اللهُ: هذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ» (Allah, the Exalted, said, `I have divided the prayer (Al-Fatihah) into two halves between Myself and My servant, and My servant shall have what he asks for.’ If he says, [الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ] (All praise and thanks be to Allah, the Lord of existence.) Allah says, `My servant has praised Me.’ When the servant says, [الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ] (The Most Gracious, the Most Merciful.) Allah says, `My servant has glorified Me.’ When he says, [مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ] (The Owner of the Day of Recompense.) Allah says, `My servant has glorified Me,’ or `My servant has related all matters to Me.’ When he says, [إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ] (You (alone) we worship, and You (alone) we ask for help.) Allah says, `This is between Me and My servant, and My servant shall acquire what he sought.’ When he says, [اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ] (Guide us to the straight path. The way of those on whom You have granted Your grace, not (the way) of those who earned Your anger, nor of those who went astray), Allah says, `This is for My servant, and My servant shall acquire what he asked for.’).” These are the words of An-Nasa’i, while both Muslim and An-Nasa’i collected the following wording, “A half of it is for Me and a half for My servant, and My servant shall acquire what he asked for.

Akhir kalam...
Ingatlah saudaraku, Apabila terasa selesa, surah ini akan menyebabkan kita berasa sgt bersyukur pada Allah. Tetapi apabila kita menjadi jauh drp Allah, surah ini sebagai penghubung hamba kpd Allah.
Ingatlah saudaraku, Apabila kita dizalimi surah ini akan mengingatkan kita semua apa yg mereka lakukan ke atas kita kelak akan dibalas oleh Allah kelak.
Dan Allah sangat bangga apabila hambaNya memujiNya.
Wallahua'lam.Mohon maaf salah silap dari hamba yg dhaif. Harap berguna untuk kita reflek diri kita yang penuh dgn dosa dan maksiat terhadap Allah sebelum nyawa kita ditarik olehNya. Moga2 kita tergolong dalam orang2 beriman. ameen Ya Rabb..
Monday, 13 February 2012
Menyingkap Rahsia Surah Al-Fatihah (Siri 1)..
Alhamdulillah atas ni’mat dan rahmat Allah swt. Syukur Alhamdulillah sudah selesai exam semester 9. Moga-moga kami semua lulus dalam exam ni. Amen. Tinggal satu sem sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian pergigian ni dan harap2nya kami semua dapat grad pada waktunya iaitu bulan 8 ni insyaAllah. Doakan kami semua berjaya melepasi sem ni dan sem depan. Moga2 Allah permudahkan segala urusan hamba-hambaNya.
Kali ini nak berkongsi sikit hasil perkongsian usrah atau ‘study circle’ yg dikendalikan oleh E-Usrah. Pada malam tersebut hampir seratus orang yang online usrah bersama-sama dari seluruh pelusuk dunia. Yang paling menarik pada malam tu, Naqib usrah diimport dari Madinah (beliau berada di Madinah ketika usrah berjalan). Beliau adalah Ustaz Abdul Aziz Abbas dan beliau merupakan mahasiswa Universiti Madinah.
Tajuk usrah kali ini adalah Rahsia Surah Al-Fatihah. Walaupun tajuk usrah tentang Surah Al-Fatihah tapi hampir 2 jam kami ber’online’ untukl mengetahui Rahsia Surah Al-Fatihah. Banyak ilmu yang kami semua peroleh dari ustaz.
Pertama, tentang kelebihan Surah Al-Fatihah:
KELEBIHAN & KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH
أهمية سورة الفاتحة وفضائله ))
#Tidak sah solat tanpa membacanya لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب ))
#Surah yang paling agung dalam al-Quran أنها أعظم سورة ))
#Semulia-mulia surah أنها أفضل سورة ))
#Padanya terdapat doa yang paling penting dalam kehidupan
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ))
#Sebaik-baik surah أنها خير سورة ))
#Memahaminya membuatkan kita senantiasa bahagia
#Menghayati membuatkan kita dekat dengan Allah
#Padanya terdapat kesembuhan (semua jenis penyakit termasuk gila)
#Sebagai pelindung diri (dari sebarang kejahatan)
#Tiada yang setanding dengannya walaupun dalam Taurat & Injil
Seringkali jika kita selidiki siri-siri solat kita, kita pasti mengabaikan penghayatan di dalam solat terutamanya surah Al-Fatihah termasuk diri ini juga. Ayuh, mari kita selidiki jenis pengabaian yang kita selalu terlepas pandang dan kita hayati kesan-kesannya.
1. PENGABAIAN DI DALAM PEMBACAAN
Iaitu tidak berusaha mengetahui cara bacaan yang betul, atau membacanya tanpa bertajwid atau meninggalkan salah satu dari ayat-ayatnya. Maka kesannya ialah:
- Berdosa besar (jika sengaja)
- Solatnya tidak sah dan tidak diterima oleh Allah
- Memalukan diri sendiri
2. PENGABAIAN DALAM PEMAHAMAN
Iaitu dengan tidak berusaha mengetahui terjemahannya, atau memahami maksudnya, atau menghayati tuntutan tauhid (ketuhanan dan kehambaan) yang terdapat di dalamnya.
- Akibatnya akan merugikan diri sendiri kerana tidak dapat khusyuk dan merasa kemanisan iman di dalam solat iaitu persembahan kita terhadap Allah Yang Maha Esa.
- Kejahilan dan kedegilan. Dua sifat ini ada seperti di dalam perangai orang-orang Yahudi dan Kristian. Nanti akan diulas lebih lanjut lagi.
- Sukar mencapai khusyuk di dalam solat.
- Tidak kenal Allah
- Tidak sedar akan hakikat kasih saying Allah
- Hati akan menjadi keras
3. PENGABAIAN DALAM PERLAKSANAAN
Iaitu tidak melaksanakan tuntutan tauhid (ketuhanan dan kehambaan) dalam kehidupan seharian kita.
- Hidup menjadi porak peranda kerana hilang tujuan asal (iatitu total penghambaan pada Allah)
- Gelisah, murung dan tiada motivasi diri
- Hilang punca dan risau yang tidak menentu
- Lekas baran dan mudah marah, mudah putus asa
- Dan pelbagai kesan negative lain
Dengan menghayati jenis-jenis pengabaian dalam membaca dan menghayati Surah Al-Fatihah, kita dapat mengenal pasti di mana kita berada termasuk diri ini. Moga2 Allah memberi petunjuk pada kita semua dan pada saat ini mari kita azamkan pada diri ini tidak melakukan pangabaian2 yang dibincangkan tadi.
Terdapat beberapa konsep-konsep kehidupan di dalam surah Al-Fatihah dan dengan mengetahui konsep-konsep kehidupan di dalam surah Al-Fatihah kita akan lebih dekat dengan Allah dan kita dapat merasakan setiap kali detik masa berlalu dengan kita, kita pasti merasa Allah melihat kita dan melindungi kita. Tetapi dengan syarat mestilah yakin dan beriman pada Allah.
KONSEP PERTAMA : KONSEP PERLINDUNGAN DAN PENYERTAAN
Apakah yang dimaksudkan konsep perlindungan dan konsep penyertaan? Nabi Muhammad saw telah mengajar kita agar setiap perbuatan kita mestilah dimulakan dengan doa dan sekurang-kurangnya bismillah. Apakah rasionalnya? Ianya agar kita sentiasa dilindungi oleh syaitan laknatullah dan setiap perbuatan ada keberkatan oleh Allah swt. Tidakkah syaitan itu adalah penipu besar? Allah Taala ada berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat 23: Mari kita hayati dialog syaitan ketika di padang mahsyar di mana syaitan sendiri telah mengaku telah menyesatkan kita dan tidak dapat menyelamatkan kita dari azab Allah.Nauzubillah.
Firman Allah:
Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu (hisab di Hari Kiamat). “ Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku (syaitan) telah menjanjikan kamu, lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu, tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah Tuhan yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim ( yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
(14:22)
Oleh itu pada permulaan ayat Surah Al-Fatihah menekankan kita agar meminta perlindungan dari syaitan. Pada konsep penyertaan pula, setiap perbuatan kita hendaklah dimulakan dengan basmalah agar setiap perbuatan kita diberkati olehNya. Teringat kata-kata ustaz yang aku menuntut aqidah dan tasawwuf darinya, katanya konsep keberkatan dan laknat Allah.
“BERKAT VS LAKNAT”
Berkat= akan dekat pada Allah
Laknat= jauh dari Allah (Apabila kita sedar kita jauh pada Allah, hendaklah cepat2 kita balik pada Allah agar Allah memberkati kita sebelum pintu taubat kita ditutup)
KONSEP KEDUA : KONSEP PENDIDIKAN DAN PEMBAHAGIAN ALAM
Allah SWT yang menciptakan alam ini dan apabila kita merenung akan ciptaan Tuhan kita akan kagum dengan Penciptanya yakni Allah SWT. Ayat-ayat Al-Quran begitu banyak menganjurkan manusia supaya merenung, berfikir dan menyelidik alam semesta ini. Bagi orang yang berfikir, orang yang bermata hati, semua penjuru ala mini akan menimbulkan kesedaran bahawa di sebalik alam nyata yang indah dan terbentang luas wujud satu kuasa Yang Maha Agung, Maha Sempurna, Dialah al-Khaliq. Apabila kesedaran ini telah bertahta di hati, perasaan diri akan lebih tertumpu ke arah Yang Maha Agung itu sehingga timbul perasaan rindu, perasaan ingin mengenali dan mendampingiNya. Justeru itu mulailah kita mencari jalan untuk makrifatullah dengan sebenar-benarnya. Sesudah kita mencapai makrifatullah, keimanan akan bertambah kukuh, keyakinan terhadap kebesaran dan kekuasaanNya semakin kuat dan rasa tauhid bertambah mendalam, tiada lagi ragu-ragu. InsyaAllah.
Apabila seseorang itu mencapai kerohanian yang tinggi, mengenali hakikat hidup yang sebenar, kerohanian itu tidak lagi menjadi tumpuan hidup yang utama. Nilai kebendaan dan kebesaran pangkat pula tidak lagi menjadi tumpuan dalam hidup kita dan tidak lagi menduduki tempat yang teratas dalam pandangan kita. Apabila kita sedar bahawa hidup di dunia ini ada lagi hidup yang lebih tinggi dan lebih bereerti, hidup kekal abadi, hidup di dalam rahmat Allah SWT bagi mereka yang telah menyucikan jiwa. Sebaliknya hidup di dalam kesengseraan yang amat parah bagi mereka yang hanya bergelumang dengan hal ehwal keduniaan.
Sesudah itu, seseorang yang mengenali hak dan yang batil, dia akan beriltizam ke atas yang hak yakni berusaha untuk menyucikan jiwanya ke arah kebaikan. Kaya atau miskin, senang atau susah, mulia ataupun hina, tinggi ataupun rendah, semuanya tidak penting dalam hidupnya. Yang penting adalah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang sementara ini dalam kebenaran. Jika Allah memberi kesenangan, kemewahan dan kekayaan, dia bersyukur dan dia membelanjakan untuk jalan agama Allah. Jika sebaliknya, dia juga bersyukur dan bersabar. Dia terus berusaha dan bersabar berisitiqamah dalam keredhaan Allah walaupun terpaksa menempuh ujian dan kesusahan.
Dengan pandangan sedemikian, kita akan terus tekun untuk meningkatkan ta’abbudnya kepada Allah, menjadi abid yang warak, zuhud, bertawakkal dan redha. Inilah sikap hidup yang dipelopori baginda Rasulullah saw, dicontohi para sahabat, menjadi ikutan generasi muslim yang kemudian yakni di zaman kita sekarang yang penuh mencabar ini.
KONSEP KETIGA : KONSEP KASIH SAYANG DAN PENGULANGAN
Konsep kasih sayang Allah pada hambanya tidak dapat digambarkan secara objektif dan ia hanya dapat dirasai dengan mata hati yang ikhlas keranaNya. Allah akan kasih pada hambanya yang meminta dan menurut perintahNya. Allah tidak jemu mendengar rintihan kita dan Allah akan suka akan hambanya yang selalu meminta. Di dalam konsep pengulangan pula, pengulangan adalah proses kekuatan, apabila kita hilang motivasi diri, kita akan menjadi kuat apabila kita mengulang banyak kali bahawa Allah pasti menolong kita dan insyaAllah kita akan menjadi kuat seolah-olah bateri yang dicas kembali. Dengan ada proses pengulangan ia adalah proses pendidikan. Apabila diulang kita akan membantu dlm proses penghafalan, penghayatan dan pengukuhan. Dan akhirnya mengukuhkan pemahaman kita dan kita yakin akan perkara tersebut. Sebab itulah, kita selalu dianjurkan mengkhatam Al-Quran dan selalu berzikir pada Allah, kerana dengan proses pengulangan zikir pada Allah, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.
Ada 4 lagi konsep dalam surah Al-Fatihah, insyaAllah aku akan nukilkan pada siri yang kedua. Sekiranya ada salah dan silap serta kelemahan dalam entry sudi-sudikanlah diri untuk menegurku. Semua yang baik itu datang dari Rahmat Allah SWT.
Sama-sama kita hayati dan amalkan. Doa senjata bagi orang-orang mukmin.^ ^,
Di kesempatan ini, aku ingin mempromosikan e-usrah pada semua yang sayangkan agamanya dan suka akan ilmu agama Islam dalam menjadi individu muslim yang beriman dan bertaqwa pada Allah. Sama-sama kita hulurkan sumbangan bagi melancarkan program usrah online ini. Ingatlah orang yang berjihad dengan hartanya kelak Allah akan ganjarkan syurga padanya. InsyaAllah.
Sumbangan boleh di buat dengan menulis ke email eusrahteam@gmail.com atau menghubungi Tn Syed Faizz(Founder of E-usrah) di talian 019-9432023 untuk mendapatkan butiran lanjut atau
bolehlah segera menyumbang sumbangan anda ke akaun:
Maybank Islamic 164762047148 atau CIMB 06060047940529
Penama:Syed Ahmad Faiz Syed Mahmad Hadzari (Founder of E-usrah)
ATAU menyumbang menggunakan PAY PAL ke akaun eusrahteam@gmail.com
Wang yang disumbangkan akan dimaklumkan jumlahnya kepada umum dan diserahkan kepada Bendahari E-usrah (Akauntan)
#Jika tidak mampu menyumbang banyak maka sumbangan yang sedikit turut kami terima RM1
( sumbangan lain melalui hebahkan kepada rakan lain, doa, berkongsi idea, dan pandangan)
Jom sama-sama kita menderma..",
Thursday, 8 December 2011
The After Burn Effect, cara efektif bersenam and more fat energy will use..
Assalamualaikum warahmatullah wbt,
Aku rasa artikel ni sangat bermanfaat untuk siapa yg hendak kurus dengan kadar yg cepat.hehe. Tapi apa yang penting maintain healthy lifestyle dan dengan keadaan sihat yg Allah kurniakan kita boleh menunaikan ibadah dengan sempurna.insyaAllah.
Artikel ni berkaitan dengan 'The After Burn Effect Workout'. Selalunya kita akan exercise tanpa ada guideline menyebabkan fat loss is less. So, After Burn Effect ni adalah cara yang efektif untuk bakar lemak dengan cepat. Caranya? apabila kita bersenam dengan mengikut cara afterburn effect ni, ia akan menyebabkan fat energy will burn after 48 hours and muscle build up akan terbentuk. So that, banyak lemak akan terbakar dengan exercise mengikut AfterBurn effect technique ni..So, berikut adalah After burning effect guidelines:
Fasted workouts for fat loss
If you eat before you workout you will burn food energy not fat energy during your workout. Basically, eating before a workout gets in the way of burning body fat during the workout. Plus…eating releases insulin, which interferes with your body’s ability to burn body fat. The key is to not eat anything 4-5 hours before your workout.
Your energy will sky-rocket
When fasting the body’s fight or flight response is triggered (the Sympathetic Nervous System) maximizing the body’s energy system. When it’s in gear, the body is in its most energy-producing phase, and that’s when the most energy comes from fat burning.”
Eating before a workout decreases energy
If you eat, what will happen is you will shut down the body’s energy system and trigger the Para Sympathetic Nervous System. The PSNS will make you sleepy, slow and less resistant to fatigue and stress. Instead of spending energy and burning fat, your body will be more geared toward storing energy and gaining fat.”
A low intensity workout doesn’t utilize the afterburn effect
What I see a lot of the time is people not taking their workout serious enough. Walking on the treadmill just isn’t going to cut it if fat loss is your goal. You need to push your body to where you are breathing really hard and sweating like crazy if you want the afterburn effect.
Too High of intensity is bad as well
To me the biggest problem with too high of an intensity is what Brad Pilon calls the Activity Sine Wave. If your workout is to hard and intense, you are very likely to “overcompensate” by resting more than normal after your workout. You shouldn’t need extra rest from a workout. Working out and then sitting on the couch all day is not a great fat loss strategy.
The “HGH Flush” is what your looking for
The “hgh flush” is when your skin gets red and hot to the touch. Remember running lines in PE class in high school when your teacher would push you and your skin felt like it was on fire. This is the HGH flush which is an indicator that your metabolism will be increased after your workout and that your body will release a bit more HGH than normal (your body’s fat burning hormone).
Putting it all together
Find a workout that creates the afterburn effect…..intervals, circuits, supersets. Train in a fasted state to make sure you are getting the best possible fat burning workout. And also remember to find the right intensity or “sweet spot”. Put all this together and you will blast through that fat in no time.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)